Latest News
Tuesday, September 16, 2014

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya | Jom Outing siri yang ke 3 selesai dengan jayanya bertempat di Taman Botani Putrajaya. Proses pembelajaran dan perkongsian ilmu asas photography dan pencahayaan adalah menjadi topik utama dalam Jom Outing 3 kali ini.

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya
Gambar Kumpulan - Jom Outing 3 di Taman Botani Putrajaya

Pengenalan Jom Outing

Jom Outing kali ini masuk siri yang ke 3 yang mana siri kali ini masih lagi mengekalkan topik Ulangkaji asas photography (fotografi) dan pencahayaan. Kelas yang di terajui oleh cikgu Tarmizi Shukri dengan kelolaan sepenuhnya daripada Ai Media Network. Penaja lokasi kali ini adalah dari Perbadanan Putrajaya yang berlokasi di Taman Botani Putrajaya.

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya
Encik Zakaria berkongsi informasi tentang Taman Botani & ilmu fotografi kepada peserta Jom Outing

Jom Outing ini berkonsepkan santai supaya para peserta rasa lebih selesa dan mudah mesra serta tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan yang di miliki masing-masing. Pengenalan mengenai Taman Botani dan informasi-informasi telah di sampaikan oleh Encik Zakaria yang mana selaku orang yang bertanggungjawab mengelolakan Taman ini.

Objektif Jom Outing 3

Seperti mana program Jom Outing yang terdahulu, Jom Outing adalah satu platform untuk para peserta yang ingin menimba ilmu dalam bidang photography dan berkongsi pengetahuaan yang di miliki masing-masing. Menerusi program Jom Outing ini para peserta di beri taklimat tentang cara-cara mengendalikan kamera (DSLR) secara manual dengan baik.


Objektif lain Jom Outing 3, adalah untuk memperkenalkan Taman Botani Putrajaya ini kepada umum yang mana siri Jom Outing kali ini telah mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada Perbadanan Putrajaya dengan memberi laluan kepada peserta Jom Outing 3 ke Taman Botani untuk belajar dan merakamkan gambar-gambar sekitar Taman Botani ini untuk di kongsikan di blog dan di sosial media lain seperti di Instagram, Facebook dan Twitter.

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya
Maklumat tentang Taman Botani Putrajaya di sediakan untuk pengunjung

Gambar Sekitar Jom Outing 3

Berikut admin kongsikan beberapa keping gambar yang sempat di rakam semasa sesi kelas ulangkaji dan pencahayaan ini (Jom Outing).

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya
Jambatan Anjung Taman Botani

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya
Cikgu Tarmizi Shukri selaku tenaga pengajar untuk sesi Jom Outing 3

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya
Apa itu Shutter, ISO dan Aperture - Tarmizi Shukri
Jom Outing 3 Taman Botani PutrajayaModel cilik Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya


Penutup Program Jom Outing

Selesai sesi pembelajaran para peserta di bawa ronda-ronda di dalam Taman Botani sambil-sambil merakamkan gambar-gambar yang di rasakan perlu dan kami singgah di hujung perjalanan seterusnya kata-kata akhir daripada pihak Tarmizi Shukri selaku tenaga pengaja, Ai Media Network selaku penganjur program dan daripada  Encik Amran wakil bagi pihak Perbadanan Putrajaya yang juga selaku peserta Jom Outing 3 di Taman Botani Putrajaya. Program tamat jam 5.30 petang.

gambar kumpulan jom outing 3 di taman botani putrajaya
Peserta Jom outing tetap ceria walaupun kepenatan


Sebelum pulang peserta sempat bergambar walaupun agak kepepenatan tetapi masing-masing masih ceria. Untuk maklumat lanjut tentang apa yang terdapat di Taman Botani Putrajaya, sila nantikan artikel seterusnya nanti. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Jom Outing Siri 3 ini.

lain-lain informasi sila rujuk :
Facebook Perbadanan Putrajaya
AI Media NETWORK

INCOMING SEARCH TERM :

Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya, jom outing, Taman Botani Putrajaya, asas photography,
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

6 comments:

  1. Alaaaa...itu jeke gambarnya?
    Nak lagi! nak lagi!

    haha

    ;D

    ReplyDelete
  2. penat tapi berbaloi... byk ilmu dapat...

    ReplyDelete
  3. aikkk.. tu je ke gambar nye??
    mane lg? :p

    alahai.. model cilik tu gedik semacam je.. hahaha.. camne blh suka dgn potia ni.. org lain nak amek gambar dia, dia nyorok.. hahahaha..

    Mummy dia sendiri nak amek pun dia nyorok.. Amek curi2 dia marah pulak.. haihhh..

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa