Menu
 

potia casadelarossa potia casadelarossa Author Author at www.blogger2u.com
Title: PUTRAJAYA INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS AND CULTURE FESTIVAL - PIIACUF 2014
Author: potia casadelarossa
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS AND CULTURE FESTIVAL ( PIIACUF 2014 ) | Perbadanan Putrajaya, tidak lama lagi bakal menganjurkan  Fes...
PUTRAJAYA INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS AND CULTURE FESTIVAL (PIIACUF 2014) | Perbadanan Putrajaya, tidak lama lagi bakal menganjurkan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa 2014 (PIIACUF 2014). Festival PIIACUF 2014 bakal berlangsung buat kali kedua di Putrajaya di Presint 3, yang mana direncanakan pada 30 Oktober 2014 sehingga 2 November 2014, jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.

PUTRAJAYA INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS AND CULTURE FESTIVAL - PIIACUF 2014
Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa 2014 (PIIACUF 2014)

Tema PIIACUF 2014

Festival PIIACUF anjuran Perbadanan Putrajaya ini bertemakan "Keajaiban Dunia Islam" selaras dengan matlamat untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baru.

 Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa 2014 (PIIACUF 2014)
 Persiapan : Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa 2014 (PIIACUF 2014)

Soft launch PIIACUF 2014 Putrajaya

Soft launch PIIACUF 2014 (16 Oktober 2014) di Perbadanan Putrajaya ini akan di sempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Adnan bin Md Ishan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan di saksikan YBhg Tan Sri Dato Seri (Dr) Aseh Bin Haji Che Mad, Presiden Perbadanan Putrajaya dan dif-dif terhormat antaranya duta-duta negara Islam antarabangsa yang mengambil bahagian dalam Festival PIIACUF 2014 ini.

Pengisian Festival PIIACUF 2014

Antara pengisian utama Festival PIAACUF 2014 Putrajaya ;

  • Pavilion Antarabangsa
  • Pameran ' Keajaiban Dunia Islam’
  • Pameran Al Aqsa: Forms of the Doa, Forum Islam Antarabangsa
  • Forum  Perdana Ehwal Islam
  • Selawat bersama Habib Syech  Assegaf
  • Konsert  Journey  of Nur 2.0 - Gema Timur Jauh
  • Pertunjukan Fesyen Muslimah
  • Ekspo  Buku Islam Antarabangsa
  • Dan banyak lagi acara yang dijadualkan serta jadual program bagi 4 hari penganjuran PllACUF 2014 yang mencecah lebih daripada 200 program dan aktiviti harian untuk pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira usia, bangsa atau agama. Penyertaan adalah PERCUMA.

PIIACUF 2014 PUTRAJAYA
PIIACUF 2014 Putrajaya - a story lost in time

Festival PIIACUF Antarabangsa

Penglibatan negara-negara luar, jabatan dan agensi Kerajaan, NGO dan pihak swasta  tahun  ini adalah  amat  memberangsangkan.  Diantaranya  adalah  Yemen, Kyrgyzstan, Mesir, Oman, Palestine, Indonesia, Iran, Malaysia, Terengganu, Johor, Kelantan, World Craft Council-Asia Pacific Region dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan. Manakala bagi pameran-pameran, pihak Perbadanan Putrajaya bekerjasama dengan Jabatan Muzium Malaysia dan Balai Seni Visual Negara serta beberapa galeri swasta.

Ucaptama Forum Islam Antarabangsa pada 31 Oktober 2014 akan disampaikan oleh YABhg Tun Mahathir Mohamad  manakala  panel  penceramah  dari dalam dan luar negara adalah dari kalangan nama-nama tersohor dalam bidang masing-masing.

Konsert Journey of Nur 2. 0- Gema Timur  Jauh pada 1 November 2014 akan menampilkan barisan artis terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Mawi, Hafiz Hamidun,  Sharifah  Khasif,  Lah  Ahmad,  Nazrey  Johani  dan  Brothers.

Pada tahun lalu, festival ini telah menerima 250,000 pengunjung sepanjang festival berlangsung dan mendapat tontonan sebanyak 5,000,000 penonton dari seluruh negara melalui siaran langsung dan  rakaman  program  yang  disiarkan oleh TV Alhijrah Saluran 114 iaitu rakan penyiar rasmi PI lACu F 2013.


PIIACUF 2014 PUTRAJAYA
PIIACUF 2014 PUTRAJAYA - The Journey of Islam


Pada tahun ini  sempena  PllACUF  2014,  14  episod  dokumentari  khas mengenai PIIACUF, Kungfu  Islam  serta  Fajar  lanan  di  Bumi  Nihon  di  TV Al hijrah saluran 114 akan ditayangkan pada setiap malam jam 8.30 malam bermula dari 23 Oktober sehingga 5 November 2014 bagi mempromosi festival dan yuga memaparkan kesenian dan kebudayaan islam d i Malaysia, China dan Jepun.

Untuk jadual program dan aktiviti, dan sebarang maklumat lanjut,  sila  layari laman web: www.ppj.gov.my atau www.piiacuf.com atau hubungi urus setia Rozimah Wahid  di talian  03-8887  7033.

About Author

CARA BUAT DUIT DI BLOG

Propellerads

Post a Comment Blogger

  1. link ke website piiacuf typo, 'diiacuf'

    ReplyDelete
  2. terima kasih... link sudah di perbetulkan.. :)

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

 
Top