Latest News
Monday, November 24, 2014

7 Permainan Berkomunikasi Dengan Roh

7 Permainan Berkomunikasi Dengan Hantu | Salam hormat, menonton video ini mengingatkan semula zaman persekolahan masa dulu-dulu. Mengikut pengalaman SB, kebanyakkan permainan yang popular masa di sekolah dulu sekitar tahun 1990 (24 tahun dahulu) adalah permainan "Spirit The Coin" atau memanggil Roh/hantu.

7 Permainan Berkomunikasi Dengan Roh
Papan permainan Ouija


Berkomunikasi Dengan Roh

Permainan "Spirit The Coin" mirip permainan barat iaitu OUIJA ini kebiasaannya popular di kalangan pelajar perempuan. Permainan ini yang menggunakan sehelai kertas yang di tuliskan abjad ABC dan NOMBOR serta sekeping duit syiling 1sen atau 10sen. Apabila roh/hantu yang dipanggil sudah datang, pelajar berkenaan sudah mula boleh berkomunikasi dengan roh berkenaan.



Penutup Permainan Komunikasi Dengan Roh

Setiap pembuka kata mesti ada penutupnya. Begitu juga dengan permainan Spirit ini kerana menurut cerita para pemain permainan ini, jika tidak di sudahi dengan penutup di kuatiri roh tersebut menghantui pemain permainan ini dan menuntut janji. Sukar dipercayai? tetapi itulah permainan yang seringkali di mainkan masa SB sekolah dulu.

7 Permainan Berkomunikasi Dengan Roh
Permainan Spirit The Coin ada kalanya boleh menyebabkan Histeria kepada pemain


Biasanya para pemain selalu berkomunikasi dengan roh yang dipanggil semata-mata ingin bertanyakan tentang soal cinta, atau siapakah pasangannya.  Syirik? itu sudah pasti. Namun permainan ini masih lagi diteruskan di serata dunia seperti di dalam video yang SB sertakan ini. Permainan agak berbeza namun konsep permainan adalah sama. Tapi awas ada kalanya pemain permainan ini mungkin akan Histeria dan disifatkan gagal dalam permainan ini kerana tidak berjaya mengucapkan selamat tinggal kepada roh/hantu berkenaan. Anda berani? cubalah.... 

INCOMING SEARCH TERM :

7 Permainan Berkomunikasi Dengan Roh, Berkomunikasi Dengan Roh, Spirit The Coin, Berbicara dengan ROH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. pernah main dulu . nasib baik x jadi yg bukan2 lah ...

    ReplyDelete
  2. Entah apa sebenarnya permianan ni kan, sebab betul-betul boleh bergerak sendiri. Menakutkan..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Seelok eloknya kita jangan main benda2 ini ..

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: 7 Permainan Berkomunikasi Dengan Roh Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa