Latest News
Monday, July 31, 2017

Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka

Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka | Menamatkan zaman bujang impian setiap insan. Memilih konsep perkahwinan adakalanya menjadi kesukaran bagi bakal pengantin adakalanya. Ada yang suka berkonsepkan moden dan ada yang masih ingin mengekal konsep perkahwinan tradisional. Tidak kurang juga ada yang inginkan kedua-duanya sekali.

Villa Agrofarmstay Skill-Tech Melaka
Villa 7 bilik di Agrofarmstay Skill-Tech Melaka

Menyentuh soal konsep perkahwinan dan lokasi majlis adakalanya hasrat terbantut bilamana keinginan dan "venue" selalunya menjadi permasalahan terutamanya bagi warga kota. Mana tidaknya, kos perbelanjaan menyewa dewan dan hotel seringkali menjadi perkara yang harus diutamakan termasuk kena buat tempahan awal dan sebagainya. Kini tidak lagi menjadi permasalahan dengan pakej dan konsep perkahwinan yang di sediakan di Agrofarmstay @Skill-Tech.

Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka
Galeri Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka

Pengenalan Agrofarmstay - Skill Tech

Agrofarmstay Skill Tech terletak di lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka. Agrofarmstay adalah sebuah resort homestay yang mempunyai keluasan 30 ekar dan berkonsepkan AGRO. Di miliki oleh syarikat Benteng Kerjaya Snd Bhd yang mana telah mula beroperasi pada tahun 2008 (di Melaka). Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman ini agrofarmstay.my.

Link untuk Maps Agrogarmstay Skill-Tech Melaka


Kemudahan dan Fasiliti Agrofarmstay

Berbalik pada tajuk Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay, rasanya memilih pakej perkahwinan ala-ala percutian di Agrofarmstay Durian Tunggal Melaka ini adalah satu pilihan yang tepat. Anda bukan sahaja dapat melangsungkan majlis perkahwinan malahan lokasi ini juga sekaligus boleh menjadi lokasi percutian yang menenangkan di samping kehijauan sekeliling ala-ala dusun dan penternakan haiwan.


Persekitaran Agrofarmstay Skill-Tech Melaka
Persekitaran Agrofarmstay Skill-Tech Melaka

Bukan itu sahaja, bahkan hospitaliti seperti kolam renang dewasa dan kanak-kanak, pusat karaoke dan dewan majlis (Dewan Lily) yang mampu memuatkan 80 hingga 100 orang dalam satu-satu masa. Selain itu juga Agrofarmstay ini memiliki business centre, bilik mesyuarat, bilik seminar dan juga dewan Palma yang mana boleh memuatkan sehingga 150 orang.

Pelamin di Dewan Lily Agrofarmstay - Pakej Perkahwinan
Pelamin di Dewan Lily Agrofarmstay - Pakej Perkahwinan

Pelamin di Dewan Lily Agrofarmstay - Pakej Perkahwinan
Pelamin di Dewan Lily Agrofarmstay - Pakej Perkahwinan


Pakej Majlis Perkahwinan dan Pertunagan Agrofarmstay

Pakej perkahwinan yang dikelolakan oleh Ilham Katering dan Galeri Perkahwinan (IKGB) menyediakan beberapa pakej menarik antaranya :

PAKEJ GALERI SAYANG (pertunangan)

  • Pelamin Bertunang 1 panel.
  • Baju Perempuan.
  • Aksesori Andaman.
  • Make-up - 1x.
  • Satu Hari Majlis.
  • Baju Baru (tertakluk terma dan syarat)
  • RM 800++
Pakej Pertunangan di Agrofarmstay
Solekan dan pelamin bagi pakej pertunangan


PAKEJ GALERI KASIH (perkahwinan)

  • Pelamin 1 Panel Astana
  • Baju Sanding (L&P) – 1 pasang
  • Baju Gaun & Coat @ Baju Nikah
  • Aksesori Sanding & Nikah
  • Set Merenjis
  • Make-up – 1x
  • Satu Hari Majlis
  • Baju Baru (tertakluk terma dan syarat)
  • RM 1500++

Pakej Perkahwinan Tradisional Agrofarmstay Skill-Tech Melaka
Pakej Perkahwinan Tradisional Agrofarmstay Skill-Tech yang berusia 25 tahun

PAKEJ GALERI CINTA (perkahwinan)

  • Pelamin Astana 3 Panel
  • Baju Sanding (L&P) – 1 pasang
  • Baju Gaun & Coat @ Baju Nikah
  • Persalinan 1 helai
  • Aksesori Sanding, Nikah dan Persalinan
  • Set Merenjis.
  • Make-up – 1x
  • Satu Hari Majlis.
  • Baju Baru (tertakluk terma dan syarat).
  • PERCUMA : Banting 2 x 5 (1 unit)
  • RM 2000++

Pakej Perkahwinan Tradisional ala Aladdin Agrofarmstay Skill-Tech Melaka
Pakej Perkahwinan Tradisional dengan Tarbus ala Aladdin - Agrofarmstay Skill-Tech Melaka

PAKEJ GALERI EMAS (perkahwinan)

  • Pelamin Astana 3 Panel
  • Baju Sanding (L&P) - 2 pasang
  • Persalinan Pilihan** -  3 helai
  • Aksesori Sanding, Nikah dan Persalinan
  • Arch - Sebuah
  • Set Merenjis.
  • Make-up - 2x
  • **2 Hari Majlis.
  • Baju Baru (tertakluk terma dan syarat)
  • PERCUMA : Banner 3 x  10 (1 unit)
  • RM 3000++


Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka
Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka


Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka
Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka



Pakej Katering - Iham Katering (Agrofarmstay)
Menu atau pun hidangan lazat yang di sediakan oleh Ilham Katering ini adalah seperti berikut ;


MENU ASAS
  • (1000 pax - RM 9.00)
  • Nasi Minyak 80% / Nasi putih 20% / Nasi Jagung.
  • Ayam Masak Merah.
  • Daging briyani kuzi.
  • Dalcah.
  • Paceri Nenas Bombay.
  • Buah potong (limau).
  • Air kordial.
Sajian Raja Sehari
  • (30 pax - RM700).
  • 3 set ikan siakap.
  • 3 set udang.
  • 3 set ayam.
  • 3 set kuih.
  • 1 gubahan buah
  • 1 telur Puyug Panjat.


PAKEJ PERMATA

  • (1000 pax - RM10)
  • Menu Asas (rujuk keterangan di atas).
  • 15 Orang Pelayan.


PAKEJ MUTIARA

  • (1000 pax - RM11 / RM12 Gred A).
  • Menu Asas (rujuk keterangan di atas).
  • Sajian Raja Sehari (rujuk keterangan di atas).
  • 15 Orang Pelayan (rujuk keterangan di atas).
  • 4 kanopi tetamu dan 1 kanopi Pengantin.
  • 2 set Buffet.
Nota : Jenis kanopi - Scallop, kipas, lampu, meja dan kerusi. Manakala kanopi pengantin jenis meja U shape, 14 kerusi Banquet bersarung dan ribon backdrop.

PAKEJ DELIMA


  • (1000 pax - RM13).
  • Menu Asas (rujuk keterangan di atas).
  • Sajian Raja Sehari (rujuk keterangan di atas).
  • 15 Orang Pelayan (rujuk keterangan di atas).
  • 4 kanopi tetamu dan 1 kanopi Pengantin.
  • DJ dan Karaoke 1 hari.
  • Kompang 1 kali.
  • Fotografi 1 hari (shoot and burn).

    PAKEJ DEWAN

    • (1000 pax - RM14).
    • Menu Asas (rujuk keterangan di atas).
    • Sajian Raja Sehari (rujuk keterangan di atas).
    • 15 Orang Pelayan (rujuk keterangan di atas).
    • Set meja pengantin : 14 kerusi banquet bersarung dan ribon, scallop, skirting dan hiasan.
    • Set meja tetamu : 26 unit meja bulat dan beralas, 260 kerusi bersarung dan ribon.
    • 2 set meja buffet dan peralatan.'
    • DJ dan Karaoke 1 hari.
    • Kompang 1 kali.
    • Fotografi 1 hari (shoot dan burn).

    Untuk keterangan lanjut sila rujuk atau berurusan sendiri dengan Ilham Katering dan Galeri Perkahwinan [ilham katering] atau hubungi terus di talian 019-686 8889 (Pn.Ann).


    Pakej Andaman Pengantin dan Pelamin
    Tidak lengkap jika majlis perkahwinan tanpa solekkan. Di Agrofarmstay pakej andaman pengantin di sediakan oleh NORIS Andaman yang mana anda boleh dapatkan info dengan layari laman facebook di facebook.com/norisandamanmelaka.

    Untuk pertanyaan lanjut tentang pakej atau harga harga pelamin serta andaman perkahwinan anda boleh menghubungi mereka melalui whatsapp/sms atau terus menghubungi mereka di talian 0183784250 (En. Azhar) atau 0183730046 (Puan Norma)


    Cenderahati dan Pemanis Mulut
    Tidak lengkap rasanya jika tiada cenderahati (door gift) dan pemanis mulut (pencuci mulut). Antara perkhidmatan yang di sediakan di bawah Agrofarmstay ini adalah seperti ;

    • Dodol Masyhur DodolMasyhur
      Antara yang popular disini adalah makanan tradisional iaitu dodol. Sekali rasa anda pasti terpikat dengan kelazatan dodol Masyhur ini. Rasanya yang tidak terlalu manis dan tidak melekit adalah antara tarikan kenapa ramai memuji kesedapan dodol ini. Dodol Masyhur merupakan satu produk yang dihasilkan secara tradisional, mengekalkan penyediaan cara lama iaitu dimasak dengan santan segar, kayu api/arang, tidak menggunakan bahan pengawet dan dimasak secara manual (tidak menggunakan mesin).

      Dodol Masyhur ini merupakan produk yang telah dihasilkan oleh pengusaha yang telah mendapat latihan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan juga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Info lanjut boleh hubungi 017-376 9592.
    • Hanis Fancy ChocolateHanis Fancy Chocolate
      Bukan sekadar Chocolate begitulah boleh di umpamakan. Coklat buatan Hanis Fancy ini ianya bukan hanya cantik dari segi rupa bentuknya malah sedap dimakan serta cantik dipandang bersesuaian dengan tema perkahwinan yang mana dekorasi coklat Hanis Fancy ini menyampaikan mesej dalam bentuk coklat.

      Untuk tempahan anda boleh hubungi di talian 017-793 8510 (Umi Rania)
    • Ais Krim KateringHasz Cup Cakes Heartly Homemade
      'Hidangan manis buat si manis' ... Tidak lengkap jika majlis tanpa meraikan anak-anak kecil dengan Ais Krim. Bukan hanya si kecil malahan orang dewasa juga penggemar ais krim ini. Jika anda mengambil pakej perkahwinan di bawah Agrofarmstay ini anda di sarankan mengambil pakej ais krim ini kerana rasa ais krimnya yang sedap dengan kualiti Kon sebaik Connetto.

      Kenapa mesti Ais Krim dari Hasz Storelicious? kerana ais krim ini keluaran bumiputra dan mempunyai sijil Halal dan yang penting sekali adalah rasanya memang sedap.

      Untuk maklumat lanjut atau tempahan anda boleh hubungi mereka di laman facebook seperti di atas dan di talian 013-7060466 (Asmida) dan 017-6144799 (Hazril).
    • Hanna HomemadeHanna Homemade
      Melihatkan laman Instagram Hanna Homemade ini anda pasti teruja dengan kreativiti dan kecantikan "Doorgift" buatan tangan Hanna Homemade ini. Selain itu mereka menyediakan perkhidmatan membuat dan menerima tempahan doorgift dan cenderamata untuk majlis perkahwinan dan pertunangan, parti harijadi, kenduri akikah mengikut  budget anda sendiri.

      Antara perkhidmatan yang disediakan seperti Pretzel, marshmallow, mixnuts, kerepek, ketam, almond crunchy, almond rocher. Sila layari laman Instagram mereka seperti tertera di atas atau hubungi/Whatapp di 012-225 5058 untuk maklumat lanjut dan tempahan.

    Nota : nantikan undate seterusnya untuk gambar-gambar (gambar sekitar, makanan, dan aktiviti) lebih menarik mengenai Agrofarmstay Skill-Tech


    Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka
    Antara koleksi pakaian pengantin Agrofarmstay Skill-Tech Melaka


    Jika anda berminat ingin mengetahui maklumat lanjut atau membuat tempahan pakej perkahwinan lengkap di Agrofarmstay Skill-Tech ini adalah boleh hubungi seperti keterangan di bawah.

    Website : www.agrofarmstay.my | email : pertanyaan@agrofarmstay.my | FacebookAgrofarmstay | InstagramAgrofarmstay | Telepon : 012-211 8246 Encik Abdul Bari.

    "Bercuti sambil mencungkil rahsia alam" Agrofarmstay @ Skill-Tech..

    INCOMING SEARCH TERM :

    Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka, Konsep Perkahwinan Agrofarmstay, Pakej Majlis Perkahwinan dan Pertunangan Agrofarmstay, pakej pelamin
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 comments:

    1. peh boleh layan job wedding photography dh lepas ni...

      ReplyDelete
    2. stroller tu masuk dalam pakej x? kekeke

      ReplyDelete
    3. salam perkenalan di sini....
      entry yang penuh dengan info

      ReplyDelete

    Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

    Item Reviewed: Pakej Perkahwinan Lengkap Agrofarmstay Skill-Tech Melaka Rating: 5 Reviewed By: potia casadelarossa