Latest News
Saturday, October 08, 2016

Aktiviti Riadah dan Fotografi di Paya Indah Wetlands

Beriadah dan Meninjau Aktiviti Burung Fotografi di Paya Indah Wetlands | Terdapat banyak ketegori dalam fotografi, antara aliran yang paling menarik perhatian blogger2u (B2U) adalah meninjau aktiviti burung (birding photography), atau pun mengintai aktiviti burung. Selain itu close up dan makro (macro) fotografi juga menjadi pilihan jurufoto. Tidah kiralah sama ada bunga-bungaan, serangga, texture dan lain-lain lagi.

Aktiviti Riadah dan Fotografi di Paya Indah Wetlands
Seronok diorang bermain buih sabun di Paya Indah Wetlands

Persediaan Bercuti Alam Semulajadi

Minggu lepas B2U berkesempatan membawa keluarga ke Paya Indah Wetlands kerana tertarik berdasarkan tinjauan informasi di blog dan laman-laman rasmi pusat rekreasi berkenaan memang sesuai untuk memenuhi aktiviti seisi keluarga dan yang pasti ianya adalah lokasi yang tepat untuk meninjau aktiviti burung (Birds watching).

Berbekalkan dSLR Canon 60D dengan lens Sigma 70-300mm, sudah memadai dengan sebatang monopod sebagai penyokong kamera yang agak berat dengan tambahan beteri grip. Antara Lens yang wajib di bawa adalah Sigma 17-70mm, lens ini sesuai untuk merakam gambar lanskap kerana lens ini lebih wide dan yang paling istimewa adalah lens ini berkemampuan untuk bermakro.

makro di paya indah wetlands
Antara serangga menjadi habuan Makro di tepi tasik paya indah wetlands

makro di tepi tasik paya indah wetlands
Bunga-bunga kecil sesuai untuk makro di tepi tasik paya indah wetlands

Bunga rumput juga sesuai di jadikan subjek fotografi
Bunga rumput juga sesuai di jadikan subjek fotografi - close up

Paya Indah Wetlands Dengkil

Hari yang ti tunggu sudah tiba, selain untuk melepaskan "gian" untuk memetik "shutter" dalam masa yang sama boleh beriadah bersama keluarga kerana ada laman untuk keluarga di sediakan di Paya Indah Wetlands Dengkil ini.


Peta Paya Indah Wetlands
Peta Paya Indah Wetlands
Perjalanan dari rumah (Cheras, Kuala Lumpur) menurut aplikasi peta "Waze" mengambil masa 40 minit dengan jarak 42 Kilometer tidaklah jauh sangat. Untuk ke tempat yang tidak pernah di jejaki ini, rasa terujanya tu lain macam.

Berbagai gambaran yang di buat semasa dalam perjalanan. "Mungkin tempat ni banyak burung?" sebab berdasarkan laman website dan blog yg di rujuk, Paya Indah Wetlands ini ada lokasi untuk "Birds watching".

Secara amnya, jumlah kawasan Paya Indah Wetlands adalah 3,100 hektar yang 450,76 ekar telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap di bawah Kanun Tanah Negara. Paya Indah Wetlands adalah bekas kawasan perlombongan bijih timah dan juga tasik air tawar dan hutan paya gambut. Seramai 14 tasik buatan terbentuk akibat daripada aktiviti perlombongan. Bermula 1 Ogos 2005, pengurusan Paya Indah Wetlands secara rasmi diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Infrastruktur dipulihkan dan dibuka semula pada 20 Oktober 2008. Sebagai kawasan perlombongan bekas sedia ada, kawasan ini telah ditukar menjadi habitat kepada 229 spesies burung, 63 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 10 spesies amfibia dan 14 spesis ikan.


Waktu Operasi Paya Indah Wetlands

Paya Indah Wetlands terletak di Dengkil, Selangor ini di kelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN). Untuk masuk ke Paya Indah Wetlands ini anda haruslah mendaftar di pintu masuk (Pondok Pengawal) dengan mengisi borang tentang butiran diri dan orang-orang dalam tanggungjawab anda sebagai rujukan dan Pas Lawatan akan di berikan kepada anda untuk di pamerkan di "dashboard" kenderaan.

Waktu operasi Paya Indah Wetlands ini beroperasi setiap hari seperti keterangan di bawah;


HARI MASA OPERASI JAM TERAKHIR MASUK
Isnin hingga Ahad 7.30 am - 7.00 pm 6.30 PM
Jumaat 12.15 pm - 2.45 pm
(tutup solat Jumaat)
6.30 pm

Kemudahan Paya Indah Wetlands

Lokasi ini memang sesuai untuk seisi keluarga untuk bersantai atau beriadah kerana suasana sekeliling di kelilingi dengan kehijauan dengan tasik-tasik yang sangat cantik dengan yang mana ada tasik atau kolam yang menempatkan haiwan-haiwan di bawah perlindung PERHILITAN. Antaranya Tasik Buaya dan Tasik Hippo. Bukan itu sahaja, sini juga terdapat itik-itik dan juga burung-burung seperti Pelican (Burung Undan), Billed Stork yang di biarkan bebas terbang seperti habitat semulajadi, Burung Merak (dalam kurungan). Terdapat juga Tasik untuk aktiviti berkayak.

Antara lain kemudahan yang terdapat di sini ialah Chalet untuk di sewa yang cukup luas dan selesa. Berdasarkan informasi Chalet ini di buka untuk di sewa pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja kecuali cuti umum.(ini paling tak best).

Lain-lain kemudahan yang terdapat disini adalah seperti di bawah;


No Kemudahan
1 Chalet
2 Asrama
3 Dewan Seminar Tempua
4 Laman Keluarga (tapak perkelahan)
5 Tapak Perkhemahan


Selain itu di "laman keluarga" di sini terdapat perkhidmatan sewaan kasut roda dan "giant buble" (buih sabun) dan bayaran sewa di kenakan. Sambil santai di atas rumput di bawah pohon Ru di tepi tasik sambil memerhatikan anak-anak bermain buih sabun memang amat mengasyikkan. Bagi yang minat mengambil gambar alam semulajadi di sinilah tempatnya yang sesuai.

Fotografi di Paya Indah Wetlands

Fotografi di Paya Indah Wetlands

Bukan setakat mengambil gambar persekitaran yang menghijau sahaja, malah lokasi santai ini terdapat banyak serangga-serangga kecik, bunga-bungaan kecil yang sesuai bagi mereka yang gemar untuk bermakro. Jika tidak minat dalam bidang fotografi makro, jangan risau sebab jika bernasib baik anda akan dapat melihat kelibat burung-burung liar terbang dari dahan ke dahan.

Wildlife fotografi? boleh aje, sebab di sebelah laman keluarga terdapat satu tasik berpagar paras pinggang hingga paras dada orang dewasa yang mana terdapat banyak "Sang Bedal" (Buaya) di dalamnya. Ada yang di dalam semak, di bawah pokok dan ada yang berenang-renang di dalam air.

Buaya di Tasik Paya Indah Wetlands
Semasa mengintai burung B2U di Skodeng oleh Buaya ni.. serammm...

Tidak habis di situ sahaja, terdapat lagi satu tasik yang menempatkan 2 ekor Badak Air atau nama gelarannya "Hippo" yang sangat besar yang mana jika anda bernasib baik, anda boleh tengok Hippo ini di depan mata bilamana Hippo ini naik kedarat untuk makan.

Hippo Paya Indah Wetlands
Hippo Paya Indah Wetlands

Hippo Paya Indah Wetlands
Hippo Paya Indah Wetlands

Aktiviti Di Wetlands Paya Indah Dengkil

Antara aktiviti utama yang boleh anda lakukan di Paya Indah Wetlands Dengkil ini ialah seperti berikut;


No AKTIVITI INFORMASI
1 Memerhati burung Binokular tidak disediakan
2 Merentis Hutan Perlu mengambil khidmat pemandu pelancong
alam semulajadi (nature guide)
3 Memancing Tutup pada hari Jumaat
4 Berbasikal Basikal sendiri boleh digunakan tanpa caj
di zon rekreasi sahaja
5 Memberi makan badak air Jam 10.00-10.30 pagi, setiap hari
6 Memberi makan buaya Jam 11.00-11.30 pagi, hari sabtu, ahad dan cuti umum
7 Sesi pengenalan kura-kura dan landak raya Jam 11.30-12.00 t/hari, hari sabtu, ahad dan cuti umum
8 Memberi makan ikan Jam 8.00 pagi - 6.00 petang. Pelet ikan dijual di kaunter
9 Berkayak dan Paddle boat Tempahan awal diperlukan
10 Menara Tinjau ** Dalam penyelenggaraan
11 Aktiviti kebudayaan di Rumah Melayu Terengganu Tempahan awal diperlukan sekurang-kurangnyA
sebulan sebelum
12 Program Pendidikan Biodiversiti Tempahan awal diperlukan
13 Fotografi Zon rekreasi sahaja
14 Lawatan berpandu sepanjang hari di Paya Indah merangkumi
Zon Rekreasi, Zon Pendidikan dan Zon Konservasi
Tempahan awal diperlukan

Ketika B2U ke sini, agak mengecewakan sedikit sebab apa yang B2U dapati tidak seperti yang di gambarkan. Ini kerana tidak ada pun burung-burung jenis spesis yang jarang di temui disni. Cuma kadang-kadang sahaja terlihat kelibat burung Murai, Burung Raja Udang (King Fisher), burung Terkukur dan burung Merbah (Bull-Bull) dan sesekali burung Wak-wak. Kesemuanya gagal di rakam kerana terlalu liar kecuali burung-burung yang di pelihara oleh pihak pengurusan Paya Indah Wetlands.

aktiviti burung di Paya Indah Wetlands
Burung Undan atau Pelican yang terdapat di Paya Indah Wetlands

Burung yang terdapat di Paya Indah Wetlands
Burung Undan atau Pelican yang terdapat di Paya Indah Wetlands


Apa yang lebih mengecewakan adalah hasrat untuk merasa untuk berada di Merana Tinjau tidak kesampaian bilamana Menara Tinjau ini di tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Mungkin kena cuba pergi lagi sekali pada masa akan datang.

Menara Tinjau Paya Indah Wetlands
Menara Tinjau Paya Indah Wetlands nun di belakang sana..

Secara kesimpulanya Paya Indah Wetlands di Dengkil Selangor ini B2U ketegorikan sebagai kawasan yang sesuai untuk di kunjungi seisi keluarga untuk bersantai-santai bersama keluarga (Percuma), menjadikan lokasi family day (bayaran dan tempahan awal di kenakan).

Tasik di penuhi dengan bunga teratai di paya indah wetlands
Tasik di penuhi dengan bunga teratai yang cantik

paya indah wetlands
Semak di kawasan jeti semakin meninggi

Cadangan daripada B2U agar tempat ini dimajukan lagi terutamanya dari segi pembersihan semak samun di sekitar pinggir tasik kerana kelihatan terlalu semak dan tidak terurus terutamanya di bahagian jeti bersebelahan Tasik Buaya. Selain itu B2U cadangkan buka sewaan Chalet kepada umum pada hujung minggu untuk menarik lagi pengunjung ke Paya Indah Wetlands ini.

Ikuti sambungan gambar-gambar berserta informasi menarik yang lain mengenai Paya Indah Wetlands di entri akan datang.

INCOMING SEARCH TERM :

Paya Indah Wetlands di Dengkil Selangor, Kemudahan Paya Indah Wetlands, birds watching selangor, Paya Indah Wetlands Dengkil
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

14 comments:

  1. Ada buaya? seramnyaaaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn buaya je... hippo, burung pelican, billed stork..

      Delete
  2. Gambar buaya tu yang sangat menakutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... dalam pagar tu.. klu tak pagar harus lari

      Delete
  3. Replies
    1. hehe terima kasih... Fakhrul pon lawa2 gambar2 dia

      Delete
  4. cantik bro...badak tu real ke? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah badak real... anak yg shoot so OE sikit tu yg edit mcmtu

      Delete
  5. Bro, menara tu kalau dapat naik atas memang cantik view..tak tau pulak dah tutup..uzur dah kot hari tu (ujung taun lps aku naik atas tu macam bergoyang je..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak kecewa sbb niat nak ambik gambar dari atas tu tak tercapai

      Delete
  6. bolehke kalau nak berkelah dekat area situ

    ReplyDelete
  7. luar biasa mba hasil-hasil gambarnya

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Aktiviti Riadah dan Fotografi di Paya Indah Wetlands Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin