Latest News
Tuesday, October 13, 2015

Kenaikan Kadar Tol Terkini

Kenaikan Kadar Tol Terbaru | Semalam rata-rata di kaca televisyen melalui berita mengumumkan kenaikan kadar harga bayaran tol terbaru. Kenaikan meliputi kepada beberapa tol di Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya serta Lebuhraya Karak.



Kadar kenaikan tol terkini

Kenaikan Kadar Harga Tol Terkini

Seperti yang di nyatakan di berita TV semalan kadar kenaikan tol terkini bermula 15 Oktober 2015. Kadar kenaikan tol terlibat sehingga 80% (Lebuhraya Kajang SILK). Kadar tol di beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan dinaikan antara 20 sen hingga RM 1 bemula 15 Oktober ini.


Berikut kadar kenaikan harga Tol mengikut lebuhraya ;

  • Lebuhraya SMART
    Tol terowong SMART naik 50% iaitu naik RM1 dan menjadikan kadar bayaran tol terkini RM3 bermula 15 Oktober ini.
  • Lebuhraya MAJU Expressway (MEX)
    Kenaikan 20 sen hingga RM3 (20-33% ) bergantung kepada kelas masing-masing bermula 15 Oktober 2015 ini.
Kenaikan kadar tol mengikut kelas kenderaan masing-masing di Lebuhraya MAJU Expressway (MEX).


KELAS KENDERAAN PLAZA TOL
SALAK SELATAN
PLAZA TOL
PUTRAYA
Kelas 1 RM2 RM3
Kelas 2 RM4 RM7
Kelas 3 RM6 RM10
Kelas 4 RM1 RM1.80
Kelas 5 RM1.50 RM2.50

  • Lebuhraya Kajang SILK
    Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK) juga mengumumkan kenaikan bermula 15 Oktober 2015. Kadar tol Lebuhraya Kajang SILK naik 80% antara 40 sen dan RM2.40 mengikut kelas gandar kenderaan masing-masing.
Kenaikan kadar tol mengikut kelas kenderaan masing-masing di Lebuhraya Kajang SILK.


KELAS KENDERAAN PLAZA TOL KAJANG SILK
Kelas 1 RM1.80
Kelas 2 RM3.60
Kelas 3 RM5.40
Kelas 4 RM0.90
Kelas 5 RM1.50

  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
    Kadar tol naik 25% antara 50 sen hingga RM 1. Pemegang Lebuhraya Konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Konsotium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESURI) megumunkan kenaikan kadar harga tol baru bermula 15 Oktober 2015.
Kenaikan kadar tol mengikut kelas kenderaan masing-masing di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).


KELAS KENDERAAN PLAZA TOL
AYER PANAS
PLAZA TOL
SENTOL PASAR
PLAZA TOL
KG. BATU
Kelas 1 RM2.50 RM2.50 RM2.50
Kelas 2 RM3.80 RM3.80 RM3.80
Kelas 3 RM5 RM5 RM5
Kelas 4 RM1.30 RM1.30 RM1.30
Kelas 5 RM1.30 RM1.30 RM1.30

  • Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK (Kuala Lumpur-Karak Highway)
    Kadar tol naik 17-20% antara 30 sen dan RM3.
Kenaikan kadar tol mengikut kelas kenderaan masing-masing di Lebuhraya KARAK - BENTONG.

KELAS KENDERAAN PLAZA TOL
GOMBAK
PLAZA TOL
BENTONG
Kelas 1 RM6 RM3.50
Kelas 2 RM12 RM7.50
Kelas 3 RM18 RM10.50
Kelas 4 RM3 RM1.30
Kelas 5 RM5 RM3


  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
    Kenaikan harga tol naik 44%. Pihak Pengurusan New Pantai Expressway Sbd Bhd memaklumkan bahawa penyelarasan struktur kadar tol di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bermula 15 Oktober 2015.
Kenaikan kadar tol mengikut kelas kenderaan masing-masing di Lebuhraya NPE.


KELAS KENDERAAN PLAZA TOL
PANTAI DALAM
PLAZA TOL
PJSS
PLAZA TOL
PJSS2
Kelas 1 RM2.50 RM2.50 RM1
Kelas 2 RM4.60 RM4.60 RM4.60
Kelas 3 RM6.90 RM6.90 RM6.90
Kelas 4 RM1.20 RM1.20 RM1.20
Kelas 5 RM1.60 RM1.60 RM1.60


  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
    Pihak Pengurusan Besraya (M) Sn Bhd memaklumkan penyelarasan struktur Kadar tol naik 54% bagi Plaza Tol Mines berkuatkuasa 15 Oktober 2015.
Kenaikan kadar tol mengikut kelas kenderaan masing-masing di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).


KELAS KENDERAAN PLAZA TOL PANTAI DALAM
Kelas 1 RM2
Kelas 2 RM4
Kelas 3 RM4
Kelas 4 RM2
Kelas 5 RM1.30

Kadar kenaikan tol terkini mengikut kelas kenderaan masing-masing seperti berikut;

  1. KELAS 1 - Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali bas dan teksi)
  2. KELAS 2 - Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 5 atau 6 roda (kecuali bas)
  3. KELAS 3 - Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas)
  4. KELAS 4 - Teksi
  5. KELAS 5 - Bas


Kadar kenaikan tol terkini


Sekian senarai kenaikan kadar tol semasa mengikut kelas kenderaan masing-masing. Untuk maklumat lanjut sila rujuk lama-laman web atau twitter syarikat-syarikat konsesi lebuhraya seperti yang di nyatakan diatas.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. Nampaknya semakin banyak janji pru13 yang dicapati..:(

    ReplyDelete
  2. terpaksa guna jalan dalam untuk elak tol masa balik kampung.. hahaha sememangnya selalu buat macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada.. klu takde kena lalu jugak

      Delete
  3. naik lagi... huwaaaa nsib la keje tk lalu tol

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Kenaikan Kadar Tol Terkini Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin