Latest News
Tuesday, October 06, 2015

Resort Seafood Steamboat Genting Highlands

Resort Seafood Steamboat Genting Highlands | Lagi cerita tentang Genting Highlands. Kali ini blogger2u (B2U) nak cerita pasal makanan yang tidak asing lagi pada masyarakat Malaysia iaitu steamboat. Lokasi makan-makan B2U dan rakan-rakan kali ini adalah di Resort Seafood Steamboat Restaurant, Genting Highlands.


Resort Seafood Steamboat Genting Highland
MENYELERAKAN - Resort Seafood Steamboat Genting Highland


Team B2U (Projek Travel) tempohari berkesempatan  menyaksikan Behind The Scenes Tour Resorts World Genting. Melalui program belakang tabir itu B2U di dedahkan dengan info-info dan saksikan sendiri bagaimana pihak hotel mengendalikan urusan pendobian (dobi) dengan bantuan mesin-mesin yang besar-besar dan serba canggih.

Tidak habis di situ sahaja, Team B2U terus ke International Showroom untuk menyaksikan persembahan Superstars of Magic 4 yang sungguh mengujakan dan terpesona dengan persembahan magic bertaraf dunia ini. (info lanjut sila klik link di atas).


Restoran Resort Seafood Steamboat

Resort Seafood Steamboat Genting Highlands
Teh Cina


Penat seharian menjelajah "behind the scene tour" kami singgah di Resort Seafood Steamboat untuk makan sambil bersantai-santai menghilangkan penat sebelum balik ke Kuala Lumpur semula. Restoran Steamboat yang letaknya di aras tingkat satu Hotel Resort Genting Highlands ini amat luas dan mampu menerima pelanggan sehingga 256 orang dalam satu-satu masa.


Resort Seafood Steamboat Genting Highlands
Ruang Restoran Resort Seafood Steamboat yang luas dan selesa



Bar di ruang makan Resort Seafood Steamboat
Bar di bahagian tepi ruang makan Resort Seafood Steamboat


Restoran Resort Seafood Steamboat ini di buka setiap hari ini dan beroperasi dari jam;
  • 12.00 PM - 2.30 PM (makan tengahari).
  • 6.00 PM - 9.30 PM (makan malam).

Set Menu Resort Seafood Steamboat


Di Resort Seafood Steamboat ini set menu terbahagi kepada 3 jenis dan harganya juga berbeza bergantung kepada harga ahli dan bukan ahli. Set menu yang di maksudkan adalah seperti di bawah;

  • Set Menu untuk 2 orang.
    Ahli - RM 98.00nett; Bukan Ahli - RM108.00nett.
  • Set Menu untuk 4 orang.
    Ahli - RM 218.00nett; Bukan Ahli - RM240.00nett.
  • Set Menu untuk 8 orang.
    Ahli - RM 456.00nett; Bukan Ahli - RM502.00nett.
PROMOSI
1 July - 31 October 2015
(20% Discount for Genting Rewards Card Members.)

Di Restoran Resort Seafood Steamboat ini terdapat pilihan 2 jenis kuah (perisa) yang sinonim iaitu perisa Tom yam dan Sup Herba Ayam yang mana rasanya sungguh mengiurkan. Mana tidaknya, anda makan di tempat yang agak sejuk dengan hidangan panas-panas yang di masak sendiri sungguh membuka selera.

Resort Seafood Steamboat Genting Highlands
Herbal Chicken Soup

Antara hidangan mentah steamboat yang di sediakan untuk  set 8 orang adalah seperti berikut;

  1. Herbal Chicken Soup
  2. Shiitake Mushroom
  3. Enokitake Mushroom
  4. Chimaji Mushroom
  5. King Oyster Mushroom
  6. Fatt Choi Fish Ball
  7. Fu Chew Fish Ball
  8. Fried Vegetable Ball
  9. Bean Curd Roll
  10. Grass Prawn
  11. Ostrich Meat
  12. Chicken Supreme Slices
  13. Pacific Clams
  14. Grouper Slice
  15. Poh Choy
  16. White Bean Curd
  17. Egg
  18. King's noodles

Grouper Slice

Ostrich Meat

King's noodles

Grass Prawn

Telur

Chicken Supreme Slices dan sawi hijau segar


Jika anda berkunjung ke Genting Highlands bersama-sama rakan-rakan atau keluarga dan tidak tahu di mana dan apa mahu makan? singgahlah ke Restoran Resort Seafood Steamboat ini adalah satu pilihan yang bijak. Walaupun ada yang rasa harga terlalu mahal akan tetapi ianya berbaloi dengan nilai wang yang anda keluarkan kerana penyediaan bahan mentah dan seafood di sini semuanya segar-segar belaka dan "high taste". Cuba dulu baru tahu.

Menu Resort Seafood Steamboat Genting Highlands
Menu yang wajib ada dalam steamboat


Tidak tahu bagaimana untuk ke sini? sebelum terlupa, untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai Resort Seafood Steamboat anda boleh menghubungi terus di talian dan laman web yang tertera di bawah;

Telepon : 03-61011118
Laman Web : www.rwgenting.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 blogger-facebook:

  1. Pasti sangat sedap dengan harga yang mahal tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sedap apa salahnya memanjakan diri sekali sekala kan? hehe

      Delete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Resort Seafood Steamboat Genting Highlands Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin