Resort Seafood Steamboat Genting Highlands | Lagi cerita tentang Genting Highlands. Kali ini
blogger2u (
B2U) nak cerita pasal makanan yang tidak asing lagi pada masyarakat Malaysia iaitu
steamboat. Lokasi makan-makan
B2U dan rakan-rakan kali ini adalah di
Resort Seafood Steamboat Restaurant, Genting Highlands.
 |
MENYELERAKAN - Resort Seafood Steamboat Genting Highland |
Team
B2U (
Projek Travel) tempohari berkesempatan menyaksikan
Behind The Scenes Tour Resorts World Genting. Melalui program belakang tabir itu B2U di dedahkan dengan info-info dan saksikan sendiri bagaimana pihak hotel mengendalikan urusan pendobian (dobi) dengan bantuan mesin-mesin yang besar-besar dan serba canggih.
Tidak habis di situ sahaja, Team B2U terus ke
International Showroom untuk menyaksikan persembahan
Superstars of Magic 4 yang sungguh mengujakan dan terpesona dengan persembahan magic bertaraf dunia ini. (info lanjut sila klik link di atas).
Restoran Resort Seafood Steamboat
 |
Teh Cina |
Penat seharian menjelajah "
behind the scene tour" kami singgah di
Resort Seafood Steamboat untuk makan sambil bersantai-santai menghilangkan penat sebelum balik ke Kuala Lumpur semula.
Restoran Steamboat yang letaknya di aras tingkat satu
Hotel Resort Genting Highlands ini amat luas dan mampu menerima pelanggan sehingga
256 orang dalam satu-satu masa.
 |
Ruang Restoran Resort Seafood Steamboat yang luas dan selesa |
 |
Bar di bahagian tepi ruang makan Resort Seafood Steamboat |
Restoran Resort Seafood Steamboat ini di buka setiap hari ini dan beroperasi dari jam;
- 12.00 PM - 2.30 PM (makan tengahari).
- 6.00 PM - 9.30 PM (makan malam).
Set Menu Resort Seafood Steamboat
Di
Resort Seafood Steamboat ini set menu terbahagi kepada 3 jenis dan harganya juga berbeza bergantung kepada harga ahli dan bukan ahli. Set menu yang di maksudkan adalah seperti di bawah;
- Set Menu untuk 2 orang.
Ahli - RM 98.00nett; Bukan Ahli - RM108.00nett.
- Set Menu untuk 4 orang.
Ahli - RM 218.00nett; Bukan Ahli - RM240.00nett.
- Set Menu untuk 8 orang.
Ahli - RM 456.00nett; Bukan Ahli - RM502.00nett.
PROMOSI
1 July - 31 October 2015
(20% Discount for Genting Rewards Card Members.)
Di
Restoran Resort Seafood Steamboat ini terdapat pilihan 2 jenis kuah (
perisa) yang sinonim iaitu perisa
Tom yam dan
Sup Herba Ayam yang mana rasanya sungguh mengiurkan. Mana tidaknya, anda makan di tempat yang agak sejuk dengan hidangan panas-panas yang di masak sendiri sungguh membuka selera.
 |
Herbal Chicken Soup |
Antara hidangan mentah
steamboat yang di sediakan untuk set 8 orang adalah seperti berikut;
- Herbal Chicken Soup
- Shiitake Mushroom
- Enokitake Mushroom
- Chimaji Mushroom
- King Oyster Mushroom
- Fatt Choi Fish Ball
- Fu Chew Fish Ball
- Fried Vegetable Ball
- Bean Curd Roll
- Grass Prawn
- Ostrich Meat
- Chicken Supreme Slices
- Pacific Clams
- Grouper Slice
- Poh Choy
- White Bean Curd
- Egg
- King's noodles
 |
Grouper Slice |
 |
Ostrich Meat |
 |
King's noodles |
 |
Grass Prawn |
 |
Telur |
 |
Chicken Supreme Slices dan sawi hijau segar |
Jika anda berkunjung ke Genting Highlands bersama-sama rakan-rakan atau keluarga dan tidak tahu di mana dan apa mahu makan? singgahlah ke
Restoran Resort Seafood Steamboat ini adalah satu pilihan yang bijak. Walaupun ada yang rasa harga terlalu mahal akan tetapi ianya berbaloi dengan nilai wang yang anda keluarkan kerana penyediaan bahan mentah dan seafood di sini semuanya segar-segar belaka dan "
high taste". Cuba dulu baru tahu.
 |
Menu yang wajib ada dalam steamboat |
Tidak tahu bagaimana untuk ke sini? sebelum terlupa, untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai
Resort Seafood Steamboat anda boleh menghubungi terus di talian dan laman web yang tertera di bawah;
Telepon : 03-61011118
Laman Web :
www.rwgenting.com
Pasti sangat sedap dengan harga yang mahal tu kan.
ReplyDeletekalau sedap apa salahnya memanjakan diri sekali sekala kan? hehe
Delete