Menu
 

Zuwa Aripin Zuwa Aripin Author
Pemilik dan penulis artikel blogger2u.com yang minat berkongsi mengenai informasi, travel dan jadikan bidang fotografi sebagai hobi mengisi masa lapang. Sebarang pengiklanan boleh hubungi Admin.

Title: Felda Villa D'saji Lokasi Majlis Terbaik Kuala Lumpur
Author: Zuwa Aripin
Rating 5 of 5 Des:
Felda Villa D'saji Lokasi Majlis Terbaik Kuala Lumpur | Minggu lepas Blogger2u (B2U) berkesempatan keluar pergi makan malam di Restor...
Felda Villa D'saji Lokasi Majlis Terbaik Kuala Lumpur | Minggu lepas Blogger2u (B2U) berkesempatan keluar pergi makan malam di Restoran Felda D'saji Titiwangsa, Kuala Lumpur. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur tidak jauh dari Istana Budaya.

Sambil makan boleh tonton tarian kebudayaan dan nyanyian daripada warga Felda D'saji Titiwangsa. Pendek kata, suasana di restoran terapung ini memang santai habis disamping makanan yang disediakan lazat-lazat belaka yang memang sesuai sangat dengan citarasa B2U.

Felda Villa D'saji Kuala Lumpur
Felda Villa D'saji Kuala Lumpur

Felda Villa D'saji Jalan Maktab Kuala Lumpur

Ok, sekarang bukan nak cerita pasal Restoran Felda D'saji Titiwangsa, tapi nak bagitau satu lokasi majlis yang juga milik Felda Villa D'saji yang letaknya di Jalan Maktab, Kuala Lumpur.

Felda Villa D'saji Jalan Maktab Kuala Lumpur
Ruang tetamu Felda Villa D'saji Jalan Maktab Kuala Lumpur


Apa yang menariknya Felda Villa D'saji?. Amat mengujakan bilamana berkunjung ke sini kerana seni hiasan Felda Villa ini amat cantik dan yang paling penting ianya berkonsepkan taman yang sangat inovatif lagi kreatif. Jika hendak adakan sebarang majlis di sini teramatlah sesuai khasnya majlis perkahwinan.

Pelamin konsep taman Felda Villa D'saji
Pelamin berkonsepkan taman Felda Villa D'saji

Cawangan Perniagaan Pertama D'Saji Restaurant & Cafe

Untuk pengetahuan anda Felda Villa Jalan Maktab Kuala Lumpur ini telah mula beroperasi pada tahun 2007 yang mana inilah cawangan pertama perniagaan oleh D'Saji Restaurant & Cafe. Makanan disini disediakan oleh Felda D'saji yang sudah kita sedia maklum penyediaan makanannya yang bersih dan mendapat pengiktirafan HALAL.

Selain pakar dalam ketering dan menyediakan makanan yang lazat. Felda Villa menawarkan suasana majlis berkonsepkan taman yang begitu eksklusif untuk para pelanggannya. Salah satu daya tarikan utama adalah Wakaf yang dibuat daripada Kayu Bilion yang dikenali sebagai kayu yang paling sukar di temui di dunia. Selain itu terdapat juga air terjun mini buatan, kolam ikan dan pintu berkonsepkan ala Bali.

Pintu ke Pelamin konsep Bali di Felda Villa
Pintu ke Pelamin konsep Bali di Felda Villa


Felda Villa Jalan Kuala Lumpur ini juga menawarkan 4 banglow eksklusif bagi yang sukakan majlis yang privasi iaitu banglow Persada Mutiara, Intan Persada, Persada Kristal dan Persada Delima. Felda Villa juga memiliki suite peribadi yang dilengkapi pendingin hawa. Selain itu Surau dan ruang tamu untuk kegunaan pengantin atau untuk tujuan lain-lain majlis juga turut di sediakan. Di sini juga ada menyediakan LCD TV dan layar putih bagi kegunaan majlis bersanding dan majlis-majlis tertentu.

Felda Villa jalan Maktab Kuala Lumpur
Ruang makan  dan pelamin di Felda Villa


Info lanjut tentang Felda Villa D'Saji Jalan Maktab Kuala Lumpur ini anda boleh layari www.feldadsaji.com.my atau ke laman facebook di Felda D'Saji Official dan di talian telepon 03-26988302.

Baca juga artikel : Venue Terbaru Felda D’Saji di Kajang Perdana Avenue Bakal Beroperasi

About Author

CARA BUAT DUIT DI BLOG

Propellerads

Post a Comment Blogger

  1. menarik gak buat majlis kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2... klu nak buat a,jlis blh panggil.. blh offer phoyographer murah2... :)

      Delete
  2. fuuuh, terus rasa nak kahwin tengok tempat lawa macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh lah kawin cepat tu... benda blh bawak bincang hahahah

      Delete
  3. bampotia.. tergoogle info kat sini lak hehehee

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

 
Top