2.2.16

Berbaloikah Lensa Sigma 70-300mm f/4-5.6 DG Macro?

2.2.16

Berbaloikah Lensa Sigma 70-300mm f/4-5.6 DG Macro? | Pada artikel yang lepas Blogger2u (B2U) menceritakan tentang Keupayaan Lensa Sigma 17-70mm f/2.8-4 OS HSM Macro C, dan kali ini masih lagi nak cerita pasal lensa Sigma iaitu Lensa Sigma 70-300mm f/4-5.6 DG Macro.

Lensa Sigma 70-300mm f/4-5.6 DG Macro
Lensa Sigma 70-300mm f/4-5.6 DG Macro


Dalam fotografi, terbahagi kepada beberapa kriterianya yang tersendiri, antaranya makro (macro). Seperti yang diceritakan pada artikel yang lepas macro lensa Sigma 17-70mm berbeza dengan lensa 70-300mm. Kenapa lain? sebabnya yang pertama adalah keupayaan lensa itu sendiri di dalam kelasnya yang tersendiri. Lensa Sigma 17-70mm memang dicipta untuk bermakro yang mana jarak minimum lensa dengan subjek cuma 2 inchi sahaja, manakalah Sigma 70-300mm jarak subjek adalah 1.5 meter iaitu lebih kurang satu depa (gambaran mudah).

Sigma 70-300mm 4-5.6 DG Macro

Jika di lihat pada nama lensa ini, ianya seolah-olah dicipta khas untuk bermakro yang mana nama serta fungsinya dengan butang makro tersedia pada bahagian lensa ini membuatkan ianya memang dicipta untuk penggemar makro. Cuma kekurangan pada lensa ini adalah ianya tidak di lengkapi dengan sistem anti gegar (stabilizer). Jadi untuk mengelakkan gambar menjadi blur, tripod mesti digunakan.


Contoh gambar serangga di ambil menggunakan lensa sigma 70-300mm macro
Contoh gambar serangga di ambil menggunakan lensa sigma 70-300mm - mode macro


Bersesuaian dengan harga pasarannya sekitar RM770 - RM950 ianya boleh dikatakan berbaloi kerana lensa ini bukan sahaja dicipta untuk bermakro sahaja. Bagi fotografer "budget" yang menjadikan bidang fotografi ini sebagai hobi ianya sudah memadai dengan nilai yang di laburkan. Lensa telefoto ini juga sesuai untuk aktivi yang di kenali sebagai "Bird Wacthing". Gambar yang di hasilkan dengan jarak zoom 300mm juga setara dengan lensa 200mm yang ribuan ringgit malah hasilannya lebih baik.


lensa sigma 70-300mm
Contoh Burung Merbuk di ambil menggunakan lensa sigma 70-300mm tanpa anti gegar


Telefoto Murah Terbaik

Kalau dalam kelas lensa murah dan terbaik B2U syorkan lensa ini, kerana kadar fokusingnya senyap dan sehingga tidak kedengaran langsung jika di bandingkan dengan lensa Tamron walaupun spesifikasinya yang seakan sama. Apa yang membezakan antara Sigma dengan Tamron hanyalah motor tersedia dalam lensa (dicipta untuk body Nikon yang tiada motor pada body a.k.a basic SLR).


lensa sigma 70-300mm macro
Contoh gambar bunga Dandelion menggunakan lensa sigma 70-300mm - mode macro


Kenapa Lensa Sigma 70-300mm f/4-5.6 DG Macro ini B2U katakan lensa yang terbaik? jawapannya, ialah ianya mampu merakam gambar yang tajam walaupun tidak mempunyai anti gegaran (VR/VC). Kenapa perlu anti gegaran untuk "shutter" yang laju?. Sedangkan untuk mengambil gambar permandangan sebelah shutter perlahan atau malam juga anti gegaran perlu di tutup (sekadar pendapat peribadi).


Spesifikasi Lensa Sigma 70-300mm f/4-5.6 DG Macro

Focal Length
70 - 300mm
Aperture Maximum: f/4 - 5.6 | Minimum: f/22 - 32

format Keserasian
35mm Film / Full-Frame Digital Sensor (APS-C)
Sudut Pandangan 34.3° - 8.2°
Minimum Jarak Focus 4.92' (149.86 cm)
Pembesaran 1 - 2x
Nisbah reproduktif maksimum 1:2
Elemen / Kumpulan 14/10
Diafragma Bilah 9
Penstabilan imej No
Autofokus Yes
kolar Tripod No
Diameter Penapis 58mm
Dimensi (DxL) Approx. 3.0 x 4.70" (7.62 x 11.95 cm)
Berat 18.7 oz (530 g)


Video Footage Terbaik

Untuk gambaran terbaik, B2U telah cuba membuat satu "footage" menggunakan lensa Sigma 70-300mm ini dalam mode macro. Walaupun dalam mode macro apa yang boleh dinyatakan di sini hasil video atau gambar tidaklah ke arah macro sangat, bahkan lebih kepada "close up". Akan tetapi hasilan rakaman menggunakan lensa ini tidak mengecewakan. Memandangkan lensa ini tidak di lengkapi dengan anti gegar, maka "tripod" mesti di gunakan. Sila tonton video di bawah dan nilaikan sendiri.



Nota: Rakaman di buat menggunakan Canon 60D + Lensa Sigma 70-300mm (1920 x 1280 24fps), tiada filter di gunakan.

Tips Dan Pesanan

Bagi peminat kamera dan jadikan kamera sebagai hobi, antara lensa yang di syorkan wajib ada;

  1. Kit lens (18-55mm atau 17-50mm atau 17-70mm).
    - Sesuai untuk lanscape atau untuk mengambil gambar kumpulan ataupun di gunakan di ruangan yang agak sempit.
  2. Prime lens (50mm atau 30mm atau 35mm).
    - Digunakan untuk menganbil gambar potret dan juga paling sesuai untuk merakam video kerana mudah untuk di kendalikan (manual fokus).
  3. Telefoto (55-300mm atau 70-300mm atau 50-250mm).
    - Sesuai untuk mengambil gambar jarak jauh seperti mengambil gambar burung, bulan dan sebagainya. [contoh gambar jarak jauh sila rujuk artikel :  Hidupan Di Paya Indah Wetlands Dengkil ]

Memiliki ketiga-tiga jenis lensa ini sudah memadai untuk anda memasuki kesemua keadaan dan memadai jika anda menjadikan dunia kamera sebagai hobi. Sekadar pendapat peribadi sahaja dan ianya tidak melambangkan pendapat umum.

Baca artikel ini juga : Aktiviti Riadah dan Fotografi di Paya Indah Wetlands
Share

Ditulis Oleh

Artikel Berbaloikah Lensa Sigma 70-300mm f/4-5.6 DG Macro? adalah perkongsian dan pendapat Admin semata-mata. Semoga manfaat kepada semua pembaca dengan info-info yang di berikan.

Newer PostNewer Post Older PostPreviousOlder Post

5 comments:

  1. lawa gambar-gambar ni...memang berbaloi

    ReplyDelete
  2. Fuh..kalau dah minat apa pun sanggup beli

    ReplyDelete
  3. baguslah info ni...nak tanya dulunya blog ni nama http://silenceblogz.blogspot.com/ kan? sbb MYiDEAKiNi tengok rekod bannerlink mana blogger yang masih aktif... dah bertukar domain yer :)

    ReplyDelete
  4. salam..satu gambar cukup cantik dan menarik pandang mata

    ReplyDelete
  5. keunikkan yang ada pada DSLR yang tak ada pada gopro. leh tukar tukar lens. jeles wei takde DSLR huhu

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

 

© 2016 blogger2u.com. All rights resevered. Powered by blogger.com

Back To Top