Latest News
Tuesday, April 05, 2016

Kolaborasi Felda D'Saji Dan Yayasan Jabal Nur - MOU

Kolaborasi Felda D'Saji Dan Yayasan Jabal Nur - MOU | Syarikat ternama dalam bidang katering di Malaysia iaitu Felda D'saji Sdn Bhd yang mana terkenal dengan perniagaan berteraskan katering, restoran dan hospitaliti baru-baru ini telah memeterai satu kolaborasi (MOU) dengan Yayasan Jabal Nur di Kompleks YJN Bukit Jalil baru-baru ini.

Kolaborasi Felda D'Saji Dan Yayasan Jabal Nur - MOU
Menandatangai Kolaborasi - Felda D'Saji Dan Yayasan Jabal Nur - MOU



Sidang media sempena kolaborasi di sempurnakan antara 2 pihak (Felda D'Saji dan YJN) bertempat di Dewan D'Mahligai Kompleks YJN yang juga tempat yang sama untuk di jadikan lokasi usahasama perniagaan mereka. Turut di jemput menjayakan sidang media kali ini adalah pemegang saham, pelanggan koperat, bakal pelanggan dan rakan-rakan media termasuk dari Projek Travel. Perjanjian kolaborasi ini bertujuan membangunkan dan menjadikan Dewan D'Mahligai milik YJN sebagai Venue Perkahwinan terbaik bagi penduduk Bukit Jalil dan kawasan sekitarnya.



Kolaborasi Felda D'Saji Dan Yayasan Jabal Nur
Tan Sri Dato Dr. Yusof Nor - Yayasan Jabal Nur


Dewan D'Mahligai, Kompleks YJN ini mampu memuatkan sehingga 400 orang pada satu masa. Pilihan untuk mengadakan majlis perkahwinan atau sebarang majlis di sini adalah satu keputusan yang tepat kerana dewan ini adalah dewan yang amat selesa dan berdingin hawa. Di tambah lagi kawasan parkir bertingkat lengkap dengan pengawal keselamatan, lift serta akses tangga yang berbumbung di sediakan di sini.


Hiasan Pelamin di Dewan D'Mahligai Yayasan jabal Nur
Dekorasi Indah Pelamin di Dewan D'Mahligai Yayasan jabal Nur - YJN


Antara kemudahan-kemudahan yang anda boleh dapati di Felda D'Saji Kompleks Yayasan Jabal Nur ini adalah seperti berikut ;


KEMUDAHAN
1 Parkir Bertingkat Percuma
2 Pengawal Keselamatan
3 Perkhidmatan Lift Tetamu
4 Akses Tangga Berbumbung (turun/naik penumpang)
5 Bilik Persalinan (Pengantin/Tetamu)
6 Bilik Menunggu VIP
7 Tandas Awam
8 Bilik Solat
9 80 Bilik Hotel - Sewa (Untuk Tetamu Datang Jauh)


Pelaburan RM300,000.00 Felda D'Saji sdn bhd untuk Dewan D'Mahligai tidak hanya kepada perhiasan dewan semata-mata, malah merangkumi kelengkapan perabut, peralatan dapur, F&B dan juga peralatan visual serta audio untuk kegunaan majlis. Bagaikan sudah menjadi ikon dan tren Dsaji bilamana majlis di adakan persembahan dan iringan muzik serta nyanyian secara "live" menjadi pelengkap majlis untuk hiburan para tetamu.

Pakej perkahwinan untuk promosi pembukaan ini anda boleh mendapatkan diskaun RM24/pax jika menempah pada bulan April 2016, manakala harga serendah RM25/pax (pakej biasa) dikenakan bagi yang menempah selepas harga promosi dan RM30/pax untuk pakej premium. Seperti yang di nyatakan di atas, Dewan D'Mahligai ini tidak terhad kepada majlis perkahwinan sahaja malah tempahan untuk mengadakan mesyuarat, seminar dan pelancaran produk serta majlis-majlis lain juga boleh dilakukan di sini.


Hidangan lazat D'saji Dewan D'Mahligai - pakej perkahwinan
Hidangan lazat D'saji di Dewan D'Mahligai - pakej Perkahwinan


D'saji di Dewan D'Mahligai - pakej Perkahwinan
Nasi minyak


Pencuci mulut  ais krim tapai
Pencuci mulut ais krim tapai - D'saji


Bagi yang berada di luar kawasan suka di nyatakan pihak Felda D'Saji sdn bhd juga mempunyai 12 Venue perkahwinan yang keseluruhannya terdapat di Lembah Kelang, antara yang terkini terletak di Kajang Perdana Avenue yang di lancarkan pada 21 Januari 2016.

Antara 12 Venue Perkahwinan felda D'Saji SDN BHD adalah seperti di bawah;

VENUE PERKAHWINAN FELDA D'SAJI
1 Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur
2 Dewan Merak Kayangan di Jalan Perumahan Gurney Kuala Lumpur
3 Felda Villa di Jalan Maktab
4 Casa Heliconia di Jalan Maktab
5 Dewan Gemilang Yayasan Felda di Kelana Jaya
6 Dewan Banquet Menara Felda di Persiaran KLCC
7 Dewan Besar Tun Rahah di Jalan Bukit Bintang
8 Orchard Villa di Desa Makmur Gombak
9 D'Saji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
10 Asmara Penchala di Kampung Sg. Penchala
11 Kajang Perdana Avenue di Kajang Selangor

Untuk makluman anda service pakej katering yang di tawarkan tidak terhad di venue perkahwinan sahaja malah anda boleh menggukan perkhidmatan katerer D'Saji untuk mengadakan majlis perkahwinan di rumah.

Semoga kewujudan Dewan D'Mahligai di Kompleks YJN ini sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan kepada anda yang sedang mencari venue perkahwinan atau sebarang majlis kelak.
Maklumat lanjut tentang Dewan D'Mahligai ini boleh hubungi Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran Felda D'Saji seperti di bawah ;

Talian : Emilia (017-419 9948)
           : En.Sa'arizal (013-999 8046)
           : Pejabat 03-2698 8302

Alamat :
Dewan D'Mahligai, Kompleks YJN,
No. 1 Jalan Jalil Perwira 2,
off Jalan 3/155, Bukit Jalil
58200, kuala Lumpur.



Semoga kolaborasi antara Felda D'saji dan Yayasan Jabal Nur (YJN) ini memberi manfaat kepada masyarakat khususnya pada mereka yang ingin mendapatkan khidmat pakej perkahwinan terbaik masa kini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

6 comments:

  1. ni tempat baru ke? penah lalu.. jalan pon tak sesak sgt area situ.. nice info.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ni tempat baru Felda D'saji.. Dewan D'Mahligai ni luas.. sesuai klau nak buat kerja kawin kat sini.. 400 orang muat dalam satu2 masa... yang penting ada aircond .. hehehe

      Delete
  2. bagus banget nih desiannya..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Masya Allah, jadi kepingin nikah :D

    ReplyDelete
  4. jadi kepikiran umur yaa, siap2 nabung nih untuk persiapan nikah

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Kolaborasi Felda D'Saji Dan Yayasan Jabal Nur - MOU Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin