Latest News
Friday, July 29, 2016

Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting

Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting | Bersempena pembukaan World’s First Twentieth Century Fox World Theme Park di Resorts World Genting yang bakal di lancarkan pada tahun 2017, Kini Kota Keriangan Anda, Resorts World Genting di meriahkan dengan karektor animasi yang popular iaitu ICE AGE. Di rencanakan 4 Jun hingga 24 Julai 2016, jika anda ke perkarangan Time square, First World Hotel pasti anda akan terserempak dengan Sid, Scrat, Diego dan rakan-rakan meraka seperti di dalam filem ICE AGE yang pernah anda tonton. Meriah bukan?

Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting
Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting
Pengembaraan seperti di angkasa lepas ini mengisi aktiviti anda dengan teka-teki yang berinformasi yang turut disediakan untuk anda bagi menguji anda khususnya anak-anak yang masih bersekolah. Antara permainan yang menarik perhatian saya adalah mencantumkan bintang-bintang (buruj) dan meneka karaktor dari watak manakah? Tidak habis di situ saja, anda juga dikehendaki menamakan planet-planet yang berada di dalam sistem cakrawala angkasa lepas. Wahhh !!! bunyinya agak menarik....


Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting

Pertandingan Spacetastic Adventure

Dengan berbekal masa 10 minit yang diberi anda harus mengharungi permainan ini untuk melengkapkan semua tugasan yang diberi. Mula-mua memang berdebar-debar di buatnya. Tapi apa yang penting ianya memang menyeronokkan.

Lagi seronok tugasan yang di beri ini di laksanakan secara berkumpulan atau dengan ahli keluarga. Memang bakal mencipta memori yang indah.


Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting

Permainan media sosial interaktif dan pertandingan pendidikan yang dijalankan untuk sepanjang tempoh acara ini anda perlu membantu Scrat untuk pulang ke bumi dengan selamat.


Jangan lupa untuk menyertai pertandingan ini di lama Facebook yang mana peserta yang berjaya bakal memenangi Ice Age Collision Course movie merchandises bernilai sehingga RM3,000. Wah banyak tu.... tak nak cuba ke??? psssttt ianya PERCUMA bagi pemegang kad ahli Genting Rewards atau pemakai gelang pas masuk ke First World Indoor Theme Park dan SnowWorld.



Bukan senang nak dapat peluang berjumpa dengan watak-watak kegemaran seperti Sid, Scrat dan Diego ini. Tapi di sini anda bakal bertemu malah boleh bergambar dengan mereka ketika sesi bertemu dan beramah mesra yang di jadualkan berlangsung dari 4 hingga 12 Jun, dan pada 18 , 19, 25 , 26 Jun 2016 dan 5 hingga Julai 2016


Waktu di jadualkan: 11:30 , 13:30 , 15:30 dan 17:30. Heyyy !!! jangan terlepas peluang pula untuk berjumpa dengan watak Buck, Crash dan Eddie buat kali pertama di puncak kota keriangan anda Resorts World Genting.


Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting


Kalau nak tahu info lanjut tentang promosi Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting ini bolehlah  layari www.rwgenting.com atau hubungi 03-2718 1118.


INCOMING SEARCH TERM :

Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting, ice age genting, Pertandingan Spacetastic Adventure
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Adventure Spacetastic ICE AGE Di Resorts World Genting Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin