Latest News
Tuesday, June 28, 2016

Alam Flora : Program Imarah Ramadan Surau Ibrahimiah Kg. Batu Muda

Program Imarah Ramadan Surau Ibrahimiah Kg. Batu Muda | KHAMIS lalu (23 Jun 2016) Blogger2u (B2U) terima satu jemputan daripada Alam Flora Snd Bhd untuk sama-sama mengikuti satu Program Imarah Ramadan yang bertempat di Surau Ibrahimiah, Jalan 2/12 Kampung Batu Muda 51100 Kuala Lumpur.

Program imarah Ramadan Surau kg batu muda oleh Alam Flora
Program imarah Ramadan Surau kg batu muda oleh Alam Flora

Alhamdulillah, meriah sungguh sambutan Program Imarah Ramadan anjuran syarikat koperat Alam Flora baru-baru ini. Berteraskan semangat gotong-royong yang jarang-jarang kita dengar di lakukan pada bulan Ramadan harus di puji. Program gotong-royong yang di adakan seawal jam 9 pagi ini di jalankan merangkumi kawasan di luar dan di dalam kawasan Surau Ibrahimiah Kg. Batu Muda.

Pengisian Gotong Royong

Antara jadual perjalanan Program Imarah Ramadan kali ini (2016) adalah seperti berikut;

  • Pembahagian Perkakas/peralatan.
    - Ketibaan Ahli Jawatankuasa Surau dan Alam Flora Snd Bhd (AFSB).
    - Penyerahan peralatan pembersihan oleh Encik Abdul Sukor Zakaria
      (Pengurus Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
  • Program di Surau
    - Penerangan mengenai budaya 5S (Sistem 5S - rujuk penerangan di bawah).
      (Budaya 5S yang di praktikkan di tempat kerja [Alam Flora] di serapkan di surau ini demi memberi kesedaran supaya menjadi amalan harian kepada anak kariah Surau Ibrahimiah).
    - Gotong royong di luar dan di dalam surau.
    - Aktiviti memasak Bubur Lambuk.
  • Gotong royong tamat jam 11.30 pagi.
  • Program diteruskan dengan aktiviti membungkus Bubur Lambuk.
    - Bubur Lambuk dibungkus menggunakan bekas khas yang di sediakan oleh pihak Alam Flora.   Pengagihan Bubur lambuk dijalankan selepas solat asar.
program ramadan Surau Ibrahimiah kg batu muda
Penerangan dan pembahagian peralatan gotong royong

CEO Alam Flora mengagihkan Bubur Lambuk kepada para tetamu
CEO Alam Flora mengagihkan Bubur Lambuk kepada para tetamu


Gotong Royong
Gotong royong yang di mulakan dengan membersihkan sekitar kawasan di luar dan di dalam surau termasuk membersihkan longkang, menebas semak samun sekitar kawasan surau agar kelihatan lebih terurus dan bersih sedap mata memandang.


Program Imarah Ramadan Surau Ibrahimiah Kg. Batu Muda
Memesin rumput sekitar kawasan surau

Kerja-kerja gotong royong yang dikelolakan oleh Alam Flora ini tidak habis di situ sahaja, malah kesemua petak pakir (parking lot) dicat semula dengan kemas demi keselesaan pengguna dan penduduk setempat. Selain itu setor penyimpanan barangan disusun atur semula supaya kelihan lebih kemas dan selesa.

Program Imarah Ramadan Surau Ibrahimiah Kg. Batu Muda
Kerja-kerja mengecat petak pakir (parking lot).

Menyediakan Kemudahan Surau
Sebagai usaha dan tanggungjawab sosial, Alam Flora telah memilih Surau Ibrahimiah sebagai surau pertama menerima sumbangan seumpama ini dan bakal di teruskan dari masa ke semasa ke lokasi terpilih di masa akan datang.

Di dalam usaha kemasyarakatan ini, Alam Flora tidak keseorangan, malah ada syarikat-syarikat kontraktor yang bernaung di bawah Alam Flora juga turut bergabung tenaga serta menyumbangkan meterial seperti ;

  • Menukar permaidani baru.
  • Rak bertingkat dan Rehal baru.
  • Menyusun atur almari telekong untuk jemaah wanita.
  • Menyediakan rak kasut / selipar untuk para jemaah agar kelihatan lebih kemas dan tersusun.
  • Menampal label (signboards) penujuk arah, label suiz elektrik.
  • Menghadiahkan 4 unit alat pemadam api bagi tujuan keselamatan surau.
Program Imarah Ramadan Surau Ibrahimiah Kg. Batu Muda
Rak kasut / selipar untuk kemudahan para jemaah yang hadir

Rak kasut / selipar untuk kemudahan para jemaah yang hadir
Rak kasut / selipar baru

Rak menyimpan Rehal baru di sediakan
Rak menyimpan Rehal baru di sediakan

Kerja-kerja menyiapkan label (signboard) untuk di tampal
Kerja-kerja menyiapkan label (signboard) untuk di tampal

Dalam usaha ini pihak Alam Flora menerapkan sistem kerja 5S seperti yang B2U nyatakan seperti di atas. Apa itu 5S?. 5S adalah 5 konsep kerja yang diamalkan 5 minit sebelum dan selepas kerja yang membawa maksud;

  • SISIH (Seiri) - Menyisihkan dan membuang barang yang tidak di perlukan di tempat kerja.
  • SUSUN (Seiton) - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah di ambil dan di simpan semula di tempatnya.
  • SAPU (Seiso) - Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
  • SERAGAM (Seiketsu) - Seragam dan memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem SEIRI,SEITON-SEISO dengan berkesan.
  • SENTIASA AMAL (Shitsuke) - Berdisplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.

Tazkirah Pembaziran Bulan Ramdan

Sisa Pepejal Ramadan Meningkat 600 Tan? jangan terkejut jika ada fakta mengatakan Bulan Ramadan adalah bulan peningkatan pembaziran. Bagi mengisi Program Imarah Ramadan di Surau Ibrahimiah, Kg. batu Muda ini, pihak Alam Flora telah menjemput penceramah yang hangat dengan rancanganya di TV AL-HIJRAH pada masa ini iaitu Tuan Syamsul Debat atau nama sebenarnya ialah Syamsul Amri Bin Haji Ismail. Tazkiran yang di sampaikan oleh beliau bertajuk "Kebersihan dan Pembaziran Sempena Menyambut Aidilfitri".

Tuan Syamsul Debat memberi Tazkirah di surau ibrahimiah kg batu muda
Tuan Syamsul Debat menyampaikan tazkirah

Program Imarah ramadan - Alam Flora
Sumber: Utusan Malaysia


Tazkirah Tuan Syamsul Debat membuatkan tetamu yang hadir tak kering gusi di buatnya. kalau nak tahu lebih lanjut pengisian tazkirahnya anda boleh rujuk di sini;

  1. SYAMSUL DEBAT (IMARAH RAMADAN) - KEBERSIHAN & PEMBAZIRAN SEMPENA MENYAMBUT AIDILFITRI PART 1
  2. SYAMSUL DEBAT (IMARAH RAMADAN) - KEBERSIHAN & PEMBAZIRAN SEMPENA MENYAMBUT AIDILFITRI PART 2

Meraikan Anak Yatim / Asnaf

Di akhir program sebelum majlis berbuka puasa, Pihak Alam Flora telah menyampaikan Sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan asnaf bagi meringankan beban untuk menghadapi Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba. Jelas terpancar kegembiraan anak-anak ini sebaik sahaja menerima sumbangan ini yang di sempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora (CEO) iaitu YBhg Dato' Haji Mohd Zain Bin Haji Hassan.

Pihak Alam Flora telah menyampaikan Sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan asnaf
CEO Alam Flora YBhg Dato' Haji Mohd Zain menyampaikan Sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan asnaf




Secara kesimpulannya, usaha syarikat koperat ini perlu di contohi dan berharap agar program-program sosial seumpama ini dapat di perbanyakkan dan di teruskan pada masa akan datang demi untuk kesejahteraan dan keselesaan penduduk setempat khususnya di surau-surau, masjid-masjid serta di rumah-rumah kebajikan. TAHNIAH ALAM FLORA !

Sebarang perkembangan Alam Flora anda boleh ikuti di sosial media;
Official hashtag : #AlamFloraSdnBhd  #LoveFoodHateWaste
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. wah bestnyer..nnt hajak nak hikutttt..

    ReplyDelete
  2. mawardi ambil kerja mudah dengan menyusun kasut

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Alam Flora : Program Imarah Ramadan Surau Ibrahimiah Kg. Batu Muda Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin