Latest News
Tuesday, August 09, 2016

Lepas Gian di Puncak Cameron Highlands

Lepas Gian di Puncak Cameron Highlands | Bulan 5 2016 yang lepas sempat sempena cuti sekolah sempat saya ke Cameron Highlands, Pahang sekadar menghilangkan "stress" sambil bawa keluarga makan angin. Lepas Gian di Puncak Cameron Highlands? bukan lepas gian apa pun, cuma lepas gian untuk "menembak" di tempat orang. Al-maklumlah lama tak memetik "shutter" kamera hehehe...

Cameron Valley, Tea House (BOH Plantation), Cameron Highlands, Pahang
GAMBAR 1 : Cameron Valley, Tea House (BOH Plantation), Cameron Highlands, Pahang
GAMBAR 1
Gambar 1 ni saya rakam pada jam lebih kurang 5pm, cuaca agak cerah asalnya. Semasa lepak-lepak minum petang sambil menikmati permandangan saujana mata memandang tiba-tiba hujan turun agak lebat juga lah. Hasrat hendak merakankan banyak gambar terbantut. Lokasi gambar ni adalah di Cameron Valley, Tea House (BOH Plantation). Kalau nak lepak minum petang tempat ni saya rekomenkan sebab suasana tenang dan mendamaikan sambil mengirup Lemon Tea panas dan roti garlic. Perghhhh.....



Di sana kami telah membuat tempahan awal satu hotel yang betul-betul berada di puncak Cameron Highlands. Apa nama hotel berkenaan biarlah di rahsiakan kerana penginapan sehari semalam di sana dengan suasana bilik ibarat indah khabar dari rupa. Bukan keselesaan keterlaluan yang kami cari. Cukuplah sekadar menjaga privacy seisi keluarga.


Permandangan dari aras bawah di BOH TEA CENTRE Sungei Palas
GAMBAR 2 : Permandangan dari aras bawah di BOH TEA CENTRE Sungei Palas
GAMBAR 2
Gambar 2 ini saya rakan pada jam 2.30pm, cuaca agak panas ketika itu. Kami tidak dibenarkan memandu terus ke TEA CENTRE kerana pengunjung terlalu ramai dan ketiadaan tempat meletak kereta di sekitar puncak. Jadi kami parking di bahagian bawah dan berjalan lebih kurang 300meter untuk ke TEA CENTRE berkenaan. Tempat ni lebih kurang gambar 1 je tapi di sini agak luas sedikit. Untuk bergambar berlatar belakang kehijauan ladang Teh di sinilah tempatnya. Memang menarik keadaan lanskap sekitar bukit ini. Untuk lepak-lepak menghilangkan penat di sini juga sesuai seperti di gambar 1.

Sungguh pun percutian kami amat mendukacitakan dengan keadaan bilik tidak berlangsir, perkhidmatan Astro dengan siaran sangat tidak memuaskan, frame sliding door yang tertanggal amat memberi kesan persepsi negatif terhadap hotel berkenaan. Hotel ini saya labelkan sebagai "indah khabar dari rupa" (hanya cantik pada gambar iklan di website semata-mata). Sudah membuat aduan di pihak pengurusan namum tindakbalas mereka amat mendukacitakan.


Ladang Teh ketika menuruni Mossy Forest
GAMBAR 3 : Ladang Teh ketika menuruni Mossy Forrest.
GAMBAR 3
Gambar 3 ini sempat saya rakam ketika sedang memandu yang mana ketika itu kami sedang menuruni bukit dari hutan simpan Mossy Forrest. Agak mencabar untuk naik ke puncak hutan simpan tersebut menggunakan MPV yang sarat dengan penumpang. Mana tidaknya rata-rata orang naik ke puncak berkenaan menggunakan 4WD kerana keadaan geografinya tidak rata dan tanah runtuh serta becak kerana hujan, di tambah lagi laluan agak sempit. kalau berselisih tu potensi tayar masuk lubang memang ada. Alhamdulillah MPV Auto saya lepas jugak naik dan turun dari puncak walaupun agak merangkak bagaikan kura-kura selsema hahaah.. Sebenarnya gambar 3 ini saya telah manipulasikan menggunakan perisian Photoshop untuk mengubah langit menjadi biru dan kepulan awan saya tambahkan agak nampak lebih realistik. Keadaan langit asalnya tidak bergitu cantik kerana memutih kerana agak panas ketika itu. Kawasan ni boleh berhenti sekejap untuk bergambar bersama pokok-pokok Teh berkenaan kerana keadaan jalan tidak sibuk sehinggakan tiada kenderaan lalu pun.

Oklah, malas nak ulas lanjut pasal hotel ni sebab takut nanti menjejas kredibaliti hotel berkenaan pulak. Jadi terbitnya entry ini adalah sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar yang sempat saya rakan dan membuat minor editing pada gambar mengikut sedap mata sendiri memandang.

Bunga Daisy Putih Kecil
GAMBAR 4 : Small White Daisy atau Bunga Daisy Putih Kecil
GAMBAR 4
Gambar 4 ini saya rakam ketika mengunjungi Rose Valley yang mana antara tempat wajib kena pergi. Sebab di dalam tu suasana dia macam alam fantasi. Terus terbayang cerita "Snow White" dengan "Alice Wonderlands". kalau anda seorang yang suka bergambar atau suka mengabil gambar disinilah tempatnya. bayaran masuk Rm4 (dewasa) dan Rm3 (kanak-kanak 3 tahun keatas).

Bunga Kekwa atau Gerbera
GAMBAR 5 : Bunga Kekwa atau Gerbera Pink

Bunga Kekwa atau Gerbera
GAMBAR 6 : Bunga Kekwa atau Gerbera Yellow
GAMBAR 5 & 6
Gambar 5 & 6 ni saya rakam ketika memasuki Lavender Garden (Bayaran Masuk RM8 dewasa) sebenarnya kat sini cantik tempatnya. Cuma kena mendaki sikitlah sebab agak curam di sekitar dalam ni. Sebenarnya banyak benda nak cerita pasal bunga ni. Dipahamkan bunga ni bermacam-macam warna cuma membezakan dia adalah spesisnya sahaja, kerana ianya di kategori matahari. Tak hairanlah ianya juga menyerupai Bunga Daisy, Bungan Kekwa, Chrysanthemum, Bunga Dahlia dan macam-macam lagi dalam keluarganya. Hurmmm... kawasan ni pun sesuai untuk photoshoot sebagai pelepas gian. hahaha... 

Rasanya banyak lagi gambar-gambar yang di rasakan menarik yang hendak di kongsi. Tetapi cukuplah takat ini dulu buat masa ini. Insya Allah akan saya kongsikan lain-lain gambar pada entry akan datang. kalau nak tengok update gambar-gambar lain boleh follow saya di instagram. Terima kasih
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. cantik gambar bang..makin bertambah stock photo abam ni..

    ReplyDelete
  2. Hari tu pergi Cameron cari hotel bajet sahaja
    Yg ptg dpt menginap cukup. Huhihu

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Lepas Gian di Puncak Cameron Highlands Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin