Latest News
Monday, November 21, 2016

Uniknya Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya

Uniknya Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya | Pergi ke Cyberjaya kalau tak singgah Kompleks Dpulze memang tak sah. Ramai yang beranggapan di Cyberjaya cuma ada bangunan-bangunan pejabat je dan nak cari tempat makan amat susah? Ops! anda silap, di Cyberjaya ni suasananya tak ubah juga macam Putrajaya juga. Banyak juga tempat makan, sebagai contohnya di Campur-Campur Kitchen.

Uniknya Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Mula-mula tersasul je nak sebut Campur Campur Kitchen ni, Ada ke patut gi Sebut "Macam-Macam Kitchen" haha... habis caption kat instagram letak "macam-macam kitchen" tapi nasib baik dah edit semuanya. Hurmmm..


Campur Campur Kitchen ini yang beralamat di Lot UG 18, Upper Ground Floor, DPulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya.

Kenapa saya kata Campur Campur Kitchen ini unik? rasanya gambar-gambar yang saya sertakan di dalam entry ini sudah cukup untuk menggambarkan keunikkannya. Selain berkonsepkan Indonesia, Thai, dan Chinese.

Berkunjung ke Campur Campur Kitchen ini, saya pasti anda pasti akan teruja dengan hiasan dalamannya yang seakan-akan membawa anda ke era 80/90 yang mana besi paip Aircond lamaTampi Padi dan Talam-talam lama di jadikan sebagai hiasan dinding bahagian dalam restoran ini. Tidak ketinggalan kelihatan Wau Bulan di sudut belakang restoran.

Hiasan dinding di dalam Campur Campur Kitchen


Hiasan dinding di dalam Campur Campur Kitchen


Hiasan dinding di dalam Campur Campur Kitchen


Keunikkan makin terserlah bilamana bekas-bekas makan serta minuman digambungkan dalam satu restoran antara bekas minuman lama seperti "kole besi" serta disuntik sedikit kemodenan dengan menerapkan sedikit "hipster" iaitu cawan berupa seolah-olah mentol lampu?.

Air Mentol di Campur Campur Kitchen
Air Mentol - Campur Campur Kitchen

Campur Campur Kitchen
Dulu, kini dan baharu - Campur Campur Kitchen

Campur Campur Kitchen
LAMA - Teh Ais dalam Kole Besi


Terdapat 22 menu set dan harga hidangan set yang di tawarkan bermula dari RM14.90 hingga RM15.90 sahaja. ianya amat berbaloi-baloi unuk nilai wang anda.

Menu Campur Campur Kitchen
Udang Petai - Campur Campur Kitchen

Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Kadang-kadang time nak order selalu jadi masalahkan? masalah tak tau nak makan apa.. hahahah tu perkara biasa.. tapi kalau kat sini agak-agak tak tau nak makan apa mudah saja, boleh try order nasik goreng.. di fahamkan di sini terdapat 10 jenis pilihan aneka Nasi Goreng. Antaranya seperti;
  • Fried Rice With Chicken & Salted Fish
  • Friend Rice In Yong Zhau Style
  • Thai Tom Yum Fried Rice With Rempah Chicken
  • Indo Nasi Goreng With Rempah Chicken
  • Campur Belacan Chicken Fried Rice
  • Kam Heong Chicken Fried Rice
  • Bangkok Jazz Crab-meat Fried Rice In Lotus Leaf
  • Golden Hong Kong Seafood Fried Rice
  • Thai Pineapple Seafood Fried Rice
  • Indo Fried Rice With Flying Fish

Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya


Kalau nak tahu bolehlah datang sendiri ke Campur-Campur Kitchen untuk mencubanya apatah lagi untuk melihatnya sendiri keunikkan hiasanya. Dalam pada itu sudah pasti ada yang bersuara, sedap ke makan di sini? hurmmm... agak complicated tu nak jawab.. tapi alhamdulillah, bagi mulut orang melayu macam saya ni, suka sangat nak bagitau, ialah memang sedap dan membuka selera dan yang penting di Campur-Campur Kitchen harganya amat berbaloi. Kalau nak tahu update terkini boleh cuba tengok di fan page Campur Campur Kitchen.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Uniknya Campur Campur Kitchen Kompleks Dpulze Cyberjaya Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin