Menu
 

Zuwa Aripin Zuwa Aripin Author
Pemilik dan penulis artikel blogger2u.com yang minat berkongsi mengenai informasi, travel dan jadikan bidang fotografi sebagai hobi mengisi masa lapang. Sebarang pengiklanan boleh hubungi Admin.

Title: SYUS Kebaya Di Rumah Kebaya Bangsar
Author: Zuwa Aripin
Rating 5 of 5 Des:
SYUS Kebaya Di Rumah Kebaya Bangsar | Sabtu lalu, 26 November 2016 sempat saya ke Rumah Kebaya di Bangsar bagi memenuhi jemputan hari r...
SYUS Kebaya Di Rumah Kebaya Bangsar | Sabtu lalu, 26 November 2016 sempat saya ke Rumah Kebaya di Bangsar bagi memenuhi jemputan hari ramah mesra bersama Ikon SYUS Kebaya iaitu pelakon terkenal tanahair Fasha Sandha.

SYUS Rumah Kebaya Bangsar
Pengasas SYUS dan Fasha Sadha Duta SYUS Kebaya - Rumah Kebaya Bangsar


Program yang direncanakan pada jam 2.30 petang itu dihadiri oleh para jemputan antaranya para blogger, mainstream dan juga pelanggan yang sama-sama turut memeriahkan suasana di Rumah Kebaya SYUS dan tak kurang ada yang mengambil kesempatan untuk membeli belah setelah selesai majlis pelancaran Rumah Kebaya berkenaan oleh pengasas SYUS dan juga Fasha Sandha dalam upacara memotong pulut kuning.

Pengasas SYUS dan Fasha Sadha
Pengasas SYUS dan Fasha Sadha memotong pulut kuning simbolik pelancaran


Bukan setakat berada di majlis sahaja, para jemputan memang tak lepas peluang mengambil kesempatan bergambar dengan pelakon Lara Aishah Fasha Sandha yang juga merupakan duta kepada SYUS Kebaya sempena pembukaanya pada hari tersebut.

Pelakon Lara Aishah Fasha Sandha bersama peminat
Pelakon Lara Aishah Fasha Sandha bersama peminat - Bergambar

Di Mana Rumah Kebaya Bangsar?

Rumah Kebaya Bangsar letaknya di Bangsar lah.. hehehe... Ok, Rumah kebaya Bangsar ini letaknya di alamat No 47 Jalan Maarof Bangsar. Mudah je kalau nak ke Rumah Kebaya ni. Kalau dari Kuala Lumpur di simpang 3 dekat Menara Dataran Maybank Bangsar belok ke kanan dan dalam 150 meter terdapat petrol pam Petronas di seblah kiri dan Rumah Kebaya ini betul-betul di hadapan Petronas tersebut (seberang jalan) bersebelahan dengan "Show room" Volkswagen. Jika anda datang dari arah Mid Valley atau dari Lebuhraya Persekutuan anda harus belok ke kiri di Dataran Maybank tersebut.

Rumah kebaya Bangsar ini letaknya di alamat No 47 Jalan Maarof Bangsar
Bahagian depan Rumah kebaya Bangsar - No 47 Jalan Maarof Bangsar

Koleksi Kebaya Rumah Kebaya Bangsar

Kalau anda tercari-cari di mana nak dapatkan koleksi baju Kebaya anda bolehlah ke Rumah Kebaya Bangsar ni kerana terdapat banyak koleksi baju Kebaya yang mungkin menjadi idaman anda. Jangan marah saya kalau anda rambang mata kalau kesini. Saya yang lelaki ni pon tengak pun susah nak pilih kalau di beri peluang baju mana yang saya suka.

Koleksi Kebaya Rumah Kebaya Bangsar
Fasha Sandha menunjukkan Koleksi Kebaya yang terdapat di Rumah Kebaya Bangsar

Hasrat pengasas SYUS Couture yang ingin menjadikan Rumah Kebaya Bangsar ini sebagai serenti untuk anda mendapatkan koleksi baju Kebaya. Bagi yang mengamalkan konsep anggun, anda boleh dapatkan koleksi Kebaya ini sini kerana selain mengekalkan kosep tradisional, SYUS Couture juga memperkenalkan koleksi baharu mereka iaitu My Kebaya yang mengetengahkan Kebaya Riau dengan pilihan 5 warna terang iaitu Royal blue, merah, kuning, hijau dan unggu.

Koleksi Kebaya SYUS
Koleksi Kebaya SYUS

Bagi yang bertudung mungkin langkah kanan buat anda. Bukan saja Koleksi Kebaya sahaja yang anda boleh dapati di sini, malah tudung berjenama Benang Hijau dengan koleksi-koleksi terbaharu juga turut ada di sini. Bolehlah ajak encik suami atau teman lelaki anda pergi ke sini. hehehehe... pssstttt... kaum Adam jangan risau, sebab koleksi pakaian lelaki eksklusif jenama Qie Rahman pun turut ada di jual disini.

Tudung jenama Benang Hijau Rumah Kebaya Bangsar
Tudung jenama Benang Hijau - Rumah Kebaya Bangsar




Baju Kebaya sebenarnya sesuai dipakai di dalam apa juga situasi termasuklah untuk ke pejabat mahupun untuk ke majlis formal. Kalau hari perayaan tak perlulah nak cerita kan? jadi untuk mendapatkan maklumat atau kemaskini tentang Rumah Kebaya Bangsar ni bolehlah cuba terjah sosial media diorang mana tahu ada yang berkenan.

Facebook : SYUS Couture
Instagram : rumahkebayabangsar
Waktu Urusniaga : 12 tengahari - 8.30 Malam.
Alamat : No 47 Jalan Maarof Bangsar

About Author

CARA BUAT DUIT DI BLOG

Propellerads

Post a Comment Blogger

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

 
Top