Latest News
Tuesday, April 25, 2017

Konsert Ulang Tahun JOM TONTON Gegar The Curve

Konsert Ulang Tahun JOM TONTON Gegar The Curve | MUTIARA DAMANSARA - The Curve 22 April 2017 telah berlangsung Konsert JOM TONTON di ruang Piazza bagi meraikan para pelanggan (subscriber) nya dengan mengadakan Konsert Jom Tonton ini.

Konsert Ulang Tahun JOM TONTON
Ayda Jebat dan Redza Rosli di pentas Konsert JOM TONTON

Konsert yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam ini menampilkan ramai artis terkenal tanah air. Berkonsepkan konsert dan bazar, konsert ini dimeriahkan lagi dengan hadiah-hadiah menarik untuk para pengunjung serta cabutan bertuah untuk para pelanggan yang mendaftar pada hari konsert tersebut.

konsert jom tonton
Konsert Jom Tonton berkonsepkan konsert dan bazar.

Konsert JOM TONTON ini diadakan sebagai simbolik tanda terima kasih dari pihak tonton.com.my dan juga aplikasi TONTON yang mana laman portal nombor 1 Malaysia ini telah mencecah seramai 5.6 juta pengguna dengan peningkatan pelanggannya seramai 22,000 orang setiap minggu. Wow! 

Pada hari Konsert tu blogger2u.com B2U bersama rakan-rakan +Projek Travel  menerjah The Curve untuk turut serta memeriahkan Konsert Jom Tonton ni berasa teruja juga lah. Ye lah jarang-jarang pergi konsert, dah lah jarang tengok konsert, masuk percuma pulak tu hehehehe... ramai giler kot artis buat persembahan hari tu. Masa B2U sampai Queen of Tonton  iaitu Dato' Seri Vida bersama si pencuri hati selaku Duta Tonton Ayda Jebat berada di pentas menyampaikan hadiah pada pengunjung bertuah. Wah!!! meriah sungguh time tu.


Kemeriahan Konsert di serikan lagi dengan artis-artis yang B2U minat lah.. antara yang sempat B2U tonton kemuncak bermula jam 8 malam tu seperti Sufian Suhaimi, Waris, Ning Baizura, Kaka, Ara Johari dan artis penutup konsert Kumpulan Bunkface. Letop habis time tu...

konsert tonton
Ayda Jebat

konsert tonton
kaka Azraff

konsert tonton
Sufian Suhaimi

konsert tonton
Ara Johari

konsert tonton
Azlan & The Typewriter

Konsert Tonton
Ning Baizura

Konsert tonton
Bunkface

Fuh!!.. tu je yang B2U dapat kongsikan. Sebelum ni B2U dah kongsikan serba sedikit pasal konsert ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut cuba baca balik artikel B2U yang lepas ni "Konsert PERCUMA JOM TONTON sempena ulang tahun JOM TONTON". Kat artikel tu B2U ada senaraikan nama-nama artis yang turut serta dalam konsert ni.


icon aplikasi tonton
Sebelum terlupa, B2U nak war-warkan kat korang semua yang mana kalau korang terlepas atau nak saksikan semula konsert ni atau apa-apa saja rancangan atau slot drama yang ditayangkan di TV3 tu, silalah download aplikasi TONTON di Google Play Store dan App Store. Apa yang menariknya korang boleh saksikan siaran sehari lebih awal. Maknanya korang dah tonton dulu baru cerita yang korang tengok tu baru keluar TV. Perghhh... best kan? ni lah masanya nak #TontonMacamVIP.

Langgan sebagai ahli VIP Tonton tidaklah mahal sangat pun, cuma serendah RM3 untuk sehari, RM5 untuk seminggu. Jadi kalau sibuk sangat tak perlulah terkejar-kejar balik rumah nak tengok TV kan? al-maklumlah jalan kat KL ni memanjang je sesak. Nak kejar balik rumah dari pejabat memang menangis lah... psssttt !!! kalau korang nak JIMAT lagi B2U sarankan korang langgan pakej TONTON ni setahun terus. Tak mahal pun cuma RM96 je (setahun).


Ok! amacam best tak? so kalau korang nak tahu lebih lanjut dan update terkini dari TONTON ni korang boleh ikuti di laman sosial rasmi diorang seperti di bawah ni :

Portal Rasmi: tonton.com.my
Facebook: facebook.com/tontonMY
Instagram: instagram.com/tontonMY
Twitter: twitter.com/tontonMY
Hubungi : 03-2717 2020
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Konsert Ulang Tahun JOM TONTON Gegar The Curve Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin