Latest News
Monday, May 22, 2017

Pelancaran Portal ROOPAWAN & Pertunjukan Fesyen Lebaran 2017

Pelancaran Portal ROOPAWAN & Pertunjukan Fesyen Lebaran 2017 | Salam hormat, 16 Mei 2017 yang lepas Admin sempat singgah ke Majlis Pelancaran Portal Membeli-belah Atas Talian ROOPAWAN & Pertunjukan Fesyen Lebaran 2017. Portal membeli-belah yang berkonsepkan Modern, Modest dan Muslim itu dapat di akses melalui www.roopawan.com telah dilancarkan secara rasmi oleh YTM Raja Dato' Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, Dato' Mohamed Zain Abdul Malek (Presiden Kelab Rakan Malaysia), Dato' Siti Hendon (Presiden Perak Ladies Club) dan Dato, Hajah Zuraida (Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Portal membeli-belah di atas talian Roopawan
Majlis Pelancaran Portal membeli-belah di atas talian Roopawan

majlis pelancaran portal roopawan dan pertunjukkan fesyen lebaran
Barisan VVIP yang turut hadir pada majlis pelancaran portal Roopawan dan pertunjukkan fesyen lebaran 2017

50 Vendor Di Bawah Roopawan

Portal Roopawan yang menyenaraikan lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa menerusi platform e-dagangnya memfokuskan kepada pasaran fesyen Muslim, produk kecantikan halal termasuk kelengkapan ibadah.

majlis pelancaran portal roopawan dan pertunjukkan fesyen lebaran
Laman Hadapan Portal membeli-belah di atas talian Roopawan

Semenjak diperkenalkan mulai Ogos 2016 yang lalu, Roopawan telah mencatatkan sehingga 222,661 bilangan paparan halaman dan 18,244 jumlah pelawat unik. Antara jenama fesyen yang ditawarkan termasuk :

  • Al Emira.
  • Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus).
  • Aisha Wong Couture.
  • Baju Foundry.
  • Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface).
  • Celovis.
  • Gung Jewellery.
  • K’EET Jewels.
  • Lila Majnun.
  • Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah).
  • Dokoh yang popular di kalangan selebriti


Antara jenama antarabangsa yang menyertai termasuk:

  • Tawaf Watch (United Kingdom).
  • Sejadah Qenza (Australia),
  • Serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia serta banyak lagi jenama dan vendor yang bakal di jual di Roopawan.

Seleksi Fesyen Aidilfitri

Pada majlis yang turut dihadiri oleh tetamu kehormat YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, kempen #LebaranRoopawan turut diperkenalkan menampilkan seleksi fesyen Aidilfitri 2017.

seleksi fesyen Aidilfitri 2017


Antara jenama yang diperagakan termasuk:

  • Nawre.
  • Eddymohaizz.
  • FAKL x Hijrah Couture.
  • Bajufoundry, Syaraz Couture.
  • Tuhfah.
Selain koleksi oleh Karyaneka. Peragaan fesyen Aidilfitri pada majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh Ismail Izzani selain kehadiran selebriti remaja Nabila Razali, Mia Sara dan lain-lain.


Mohd Fuad pengasas bersama portal roopawan
Pengasas bersama Portal Roopawan Mohd Fuad Mohd Noor

Menurut pengasas bersama Roopawan iaitu Mohd Fuad Mohd Noor,
Kami komited untuk terus menyahut agenda kerajaan dalam memacu perniagaan e-dagang di Malaysia. Malah, Roopawan mahu membawa nama Malaysia ke persada dunia menerusi penembusan pasaran ke seluruh Asia Tenggara kelak menerusi strategi pemasaran yang berkesan selain sokongan pelabur berpotensi.

Pengasas bersama Portal Roopawan Siti Amalina Ariffin
Pengasas bersama Portal Roopawan Siti Amalina Ariffin

Tambah Siti Amalina Ariffin juga (pengasas bersama Roopawan)
Roopawan menyasarkan kepada pasaran Muslim yang meluas bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Roopawan melihat potensi dunia perniagaan atas talian Muslim yang belum diteroka sepenuhnya, justeru Roopawan dilihat berada pada kedudukan strategik untuk berkembang lebih jauh.



Penaja Majlis Pelancaran Portal Roopawan

Majlis pelancaran rasmi portal membeli-belah atas talian, Roopawan berkenaan turut mendapat tajaan lokasi rasmi oleh Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay Kuala Lumpur. Usaha sama ini sedikit sebanyak dapat menjalinkan hubungan erat antara mereka di masa-masa akan datang.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini.

Jika anda berminat ingin mengikuti kemaskini dan perkembangan mereka anda boleh ikuti mereka di laman sosial rasmi milik mereka di;
Facebook :roopawan
Instagram : roopawan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. Kena tambah brand terkenal dalam list vendor. Apa apapun ini satu langkat yang baik.

    ReplyDelete
  2. sukses selalu untuk portalnya, semoga berkah dan tetap lancar

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Pelancaran Portal ROOPAWAN & Pertunjukan Fesyen Lebaran 2017 Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin