Latest News
Friday, May 12, 2017

Waffle Sedap Wafflemeister Bangsar Pertama Di Malaysia

Waffle Sedap Wafflemeister Bangsar Pertama Di Malaysia | Salam hormat, beberapa minggu lepas saya ke Bangsar lepas-lepak dengan kawan-kawan. Biasalah dah lama tak jumpa (walaupun). Apa yang saya nak cerita ni kami lepak di satu restoran yang ada bermacam-macam hidangan waffle dan aneka kek di restoran tu. Menu utama diorang adalah Waffle. Selain itu terdapat juga aneka jenis minuman yang pasti membuka selera anda.

Restoran Wafflemeister Bangsar
Antara menu Waffle Sedap di Restoran Wafflemeister Bangsar

Waffle Sedap Wafflemeister Bangsar
Waffle Sedap Wafflemeister Bangsar Pertama Di Malaysia


Borak punya borak, rupanya tuan punya Restoran Wafflemeister pun ada kat situ jugak. Dah nama pun blogger kan? apa lagi, kami pun tanyalah serba sedikit pasal menu waffle yang di jual kat Wafflemeister ni. Katanya Restoran Wafflemeister ni pertama seumpanya di Malaysia. Menurut beliau Restoran Wafflemeister beroperasi setiap hari yang mana dibuka pada jam dari Isnin hingga Khamis dibuka jam 12PM - 12AM, manakala Jumaat hingga Ahad dibuka jam 11AM - 1AM.


Ruang dalam Restoran Wafflemeister
Ruang dalam Restoran Wafflemeister 

Dekorasi di dalam Restoran Wafflemeister Bangsar
Dekorasi di dalam Restoran Wafflemeister yang sangat menarik.

Apa yang membuatkan saya teruja dengan perkhidmatan Restoran Wafflemeister ni adalah setiap pinggan yang mereka hidangkan mereka tulis nama kami. Wow !! sayang pulak nak makan.. ahahaha... pasal ni saya respek dengan pekerja Restoran Wafflemeister sebab kesungguhan mereka menyajikan makanan untuk para pelanggan.

Waffle Sedap Wafflemeister Bangsar
TERUJA : Pinggan di tulis dengan nama sendiri

Kata beliau resepi original waffle ini di import dari Belgium. Bukan takat resepi je dari Belgium, tapi adunan Doh (Liège Waffles) yang siap diadun dengan 'Pearl Sugars' yang akan menjadi satu lapisan caramel yang ragup di luar dan lembut di dalam apabila dibakar. Maknanya Restoran Wafflemeister ni memang mengekalkan keaslian resipi dan rasa sebenar waffle seperti di Belgium yang mana menjadi waffle pertama yang dibuat secara "handmate".

adunan tepung yang siap diadun dengan 'Pearl Sugars'
Adunan tepung yang siap diadun dengan 'Pearl Sugars'

Wafflemeister Tawar Diskaun Waffle Wednesday

Jika anda penggemar waffle, anda boleh mencubanya di Wafflemeister ni kerana di sini terdapat 3 jenis Waffle Belgian chocolate iaitu (Milk, Dark, or White). Setiap waffle ni ditambah pula dengan toping yang sangat mengiyurkan dan terpulanglah pada anda nak pilih samada topping biskut oreo, marshmallow, ataupun buah buahan. Berita baik buat anda kerana Restoran Wafflemeister ni menawarkan diskaun untuk pelanggannya pada setiap hari Rabu (Waffle Wednesday) yang mana anda di berikan sebanyak 30%. (* sehingga stok terakhir).

Wafflemeister Tawar Diskaun Waffle Wednesday
Wafflemeister Tawar Diskaun setiap hari Rabu yang di panggil Waffle Wednesday

Antara lain yang paling saya suka adalah Sweet Crepes. Bila tengok je terus teringat Krabi punya Banana Pancake. Mana tidaknya, salah satu Sweet Crepes yang ada kat sini adalah Banofee yang penuh dengan pisang di dalamnya dan di limpahi caramel di luarnya. Yumm.... sedapkan? selain itu terdapat juga Sweet Crepes British DelightThe MeisterNutella, dan Banofee. Semuanya sedap-sedap belaka.
British Delight
British Delight

Nutella
Nutella

Banofee
Banofee

The Meister
The Meister

Kalau anda ke Wafflemiester ni jangan lupa cuba minuman Thick Shakes ni. Sebab rasanya memang sedap. Semuanya sedap-sedap belaka. Pada hari tu saya dah cuba Thick Shakes Oreo dengan Banana memang sedap. Bagi penggemar teh dan kopi jangan risau sebab di sini pun ada semua tu.



Antara minuman lain yang boleh di dapati di Wafflemeister ini adalah :
  • Latte
  • Cappucino
  • Americano
  • Espresso
  • Flat white
  • Mocha
  • Macchiato
  • Milk
  • Jus Buah-buahan
  • Dan lain-lain lagi.

Thick Shakes - Wafflemeister Bangsar
SEDAP : Thick Shakes - Wafflemeister

Macam mana? sedap tak tengok gambar? pada pendapat saya kalau anda nak sambut hari jadi kat sini sesuai sangatlah. Memandangkan kedai dia "Indoor" dan berpendigin hawa memang sesuai sangatlah. Kalau nak jumpa kawan-kawan nak borang-borak hal bisnes pun sesuai. Kalau anda nak ke sini anda boleh rujuk alamat dan laman sosial mereka seperti dibawah.


Alamat Restoran Wafflemeister Bangsar  : 
No7, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Telepon : 0 3-2202 1817
Instagram: @WafflemeisterMY

INCOMING SEARCH TERM :

Waffle Sedap, Waffle Wafflemeister Bangsar, Belgian Waffle, handmade waffle
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Waffle Sedap Wafflemeister Bangsar Pertama Di Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin