Latest News
Sunday, June 11, 2017

Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur

Buffet Ramadan  Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur | Salam Ramadan, baru-baru ini saya telah menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Program amal ini merupakan acara tahunan yang mana sudah menjadi acara tradisi setiap kali bulan Ramadan menjelma. Inisiatif pihak AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur ini dapat mencerminan keperihatinan mereka dalam inisiatif saling mengingati dan membantu pada mereka yang lebih memerlukan terutamanya anak-anak yatim ini.


Duit Raya Dan Agihan Bubur Lambuk

Dalam pada anak-anak yatim ini sedang menjamu selera, duit raya untuk perbelanjaan mereka turut diagihkan yang mana Datuk Ahmad Abu Bakar (Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holding Berhad) dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed (Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset) selaku tetamu kehormat di beri penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur kepada 50 orang anak-anak yatim yang hadir pada malam tersebut.

Pemberian duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir
Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur
Pemberian duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir

Di atas tuntutan kemasyarakatan pihak AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur seperti tahun-tahun terdahulu telah mengagihkan Bubur Lambuk kepada masyarakat setempat untuk berbuka puasa. Agihan Bubur Lambuk sekitar jam 5 petang itu yang mana turut di bantu oleh Naib Timbalan Kanan bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan dan warga kakitangan pengurusan hotel.

Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur


Bubur Lambuk tersebut dimasak sendiri oleh tukang masak yang berpengalaman di hotel berkenaan antaranya Chef Mariam dan Chef Yohanis. Dengan mengedarkan Bubur Lambuk inilah mereka dapat menyatakan tanda terima kasih mereka kepada orang ramai yang sering menyokong mereka.

Penaja Program Amal AnCasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur

AnCasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur pada tahun ini berasa amat bertuah kerana mendapat sokongan dan penajaan rasmi seperti;

  • Kopetro Travel & Tours untuk tajaan bas bagi mengambil dan menghantar anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni.
  • Tajaan rempah ratus dari Tanjong (Peladang Food Industries (M) Sdn).
  • Media Rasmi dari BERNAMA TV untuk rancangan Masakan Sunnah Nusantara Musim Kedua.

Buffet Ramadan Hotel AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur

Seperti tahun-tahun lalu Buffet Ramadan AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur ini tidak pernah mengecewakan. Pelbagai variasi juadah hidangan yang dihidangkan untuk para pelanggan yang sememangnya popular di sekitar kuala lumpur sejak era 70an hingga 90an kini anda boleh dapati di bawah satu bumbung.

Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur
Hiasan & dekorasi ruang hidangan yang cantik

Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur
Ruang mengambil juadah yang luas dan selesa

Khas untuk buffet Ramadan ini pihak AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur menawarkan harga yang berpatutan iaitu:
RM 68 Dewasa (bersih)
RM 40 Kanak-kanak (bersih)


Satu kelebihan pada tahun ini kerana AnCasa Hotel menggabungkan tema kembara iftar di Kuala Lumpur bagi menyingkapkan semula suasana dan memori lama. Seperti mana yang kita sedia maklum, masakan kampung sememangnya masakan yang tidak jemu untuk di nikmati.

Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur
Antara hidangan utama

Untuk Buffet Ramadan kali ini AnCasa Hotel menyajikan juadah mengikut tempat-tempat yang dahulunya popular dan kini ia masih terpahat dalam kenangan antranya;

  • Jalam Medan Pasar Lama.
  • Foch Avenue.
  • Warong Doraisamy.
  • Jalan Pudu.
  • Jalan Pantai Dalam.
  • Jalan Gurney.
  • Warong Jalan Peel.
  • Jalan Bellamy.
  • Batu Road.
Aneka pencuci mulut
Aneka pencuci mulut
Kesemua terdapat 100 menu juadah Buffet Ramadan yang di sediakan di AnCasa Hotel dan akan dihidangkan secara bergilir-gilir setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Aneka pencuci mulut
Aneka pencuci mulut
Tidak di lupakan bagi penggear durian pula, AnCasa Hotel ada juga menyajikan pemanis mulut yang segalanya daripada Durian seperti;

  • Serawa Durian.
  • Bubur Durian.
  • Wajik Durian.
  • Dodol Lempok.
  • Kek Durian.
  • Cucur Durian.
  • Talam Durian.
  • Mousse Durian
  • Pudina Durian.
Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur
Aneka pencuci mulut
Jika anda berminat untuk berbuka puasa di AnCasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur dengan bayaran berpatutan seperti yang saya nyatakan di atas. Anda boleh hubungi Saffron Brasserie di talian 03-20266060 sambungan 7703 untuk pertanyaan dan juga tempahan Buffet Ramadan. Lain-lain maklumat lanjut anda boleh layari www.ancasahotels.com

INCOMING SEARCH TERM :

Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur, BUFFET RAMDAN, BUFFET RAMADAN AnCasa Hotel
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. Sedapnya.. Peduli dengan anak yatim... Program yang angat bagus...

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin