Latest News
Tuesday, June 20, 2017

Resepi Rendang Daging

Resepi Rendang Daging | Salam hormat, tinggal beberapa hari lagi kita nak meraikan 1 Syawal. Menjelang hari raya Aidilfitri ni menu utama rendang menjadi satu kemestian kan? tak kiralah samada Rendang Daging mahupun Rendang Ayam. Kali ni saya nak kongsikan resepi Rendang Daging dengan korang.

Resepi Rendang Daging
Resepi Rendang Daging Azie Kitchen yang sedap

Rendang Daging menjadi satu kemestian hidangan nak nak lagi dimakan dengan lemang ataupun Ketupat Palas. Nyam-nyam... sedap pulak rasanya. Di bawah ni antara bahan-bahan untuk membuat Rendang Daging.

Bahan-Bahannya
1 Kilo Daging Lembu
3 Cawan Cili yang dikisar halus (6 sudu besar)
1 Kilo Santan pekat
4 sudu makan kerisik (1-1/2 pek)
2-4 helai daun Kunyit dipotong halus
Garam, asam jawa dan gula secukupnya

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai
Cara-caranya:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.



Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.

Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula untuk rasa masam manisnya.
Untuk info selanjutnya korang boleh ke blog Azie Kitchen ni, bukan resepi Rendang Daging je ada kat blog dia. Macam-macam resepi pun ada. Selamat mencuba.

INCOMING SEARCH TERM :

Resepi Rendang Daging,
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Resepi Rendang Daging Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin