Latest News
Saturday, September 16, 2017

Menjamu Selera Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet

Menjamu Selera Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet | Salam hormat semua, Ayam Kampung !!!.. haaa tu lah menu yang teringin sangat nak makan dan lama dah ngidam nak makan. Ye lah, menu yang jarang-jarang kita dapat jumpa di Kuala Lumpur ni. Biasa makan hidangan Ayam kampung ni dekat Velodrome Cheras je. Tapi sekarang macam dah tutup je kawasan tu. Sebelum saya ulas lanjut, saya belanja dulu dengan gambar di bawah ni. Hehee... amacam? tergoda tak?

hidangan Ayam kampung ni dekat Velodrome
Set Menu Ayam kampung ni dekat Velodrome Premium Outlet

Hari tu saya dan team Projek Travel ke Pusat beli-belah DPulze Shopping Centre Cyberjaya dan singgah ke satu restoran yang terdapat di bahagian luar bangunan shopping compleks ni iaitu di Plan B. Sebelum ni tak perasan pun ada satu restoran kat situ.

Team Projek Travel Menjamu Selera Tak ingat dunia
Team Projek Travel Menjamu Selera Tak ingat dunia dah hehehe..

Sebut saja Ayam Kampung semestinya kebiasaanya hidangan pun kenalah ala-ala kampung jugak. Set Nasi Ayam Kampung yang saya order ni adalah set biasa (Oiginal) manakalan set Nasi Ayam Kampung yang kedua adalah Set Menu Nasi Ayam Kampung Butter. Rasanya? perghhhh... membuka selera mulut orang melayu macam aku ni. Ops! sebelum terlupa, set Nasi Ayam Kampung yang saya order tu macam dalam gambar di atas sekali tu, lengkap dengan ulam timun, sambal belacan yang sedap dan kuah kari daging. Manakala minumannya pula saya memilih Air Durian Belanda.

Ayam Kampung cheese
Ayam Kampung Butter

Kalau korang order Set Nasi Ayam Butter sebenarnya sama je, bezanya cuma Ayam Kampung tu di masak dengan Butter. Rasanya? tak megecewakan. Memang sedap!! Kalau korang nak tahu, set lengkap ni berharga cuma RM 12.90. Hari tu ada terbaca di Page Nasi  Kampung Velodrome Premium ni, diorang perkenalkan menu terbaru iaitu Set "Melantak". 

Set terbaru dari kami pada bulan ni SET MELANTAK ( nasi putih + daging gulai kawah + sambal belacan + AYAM KG SEEKOR ) pada harga RM 25.90.

Set terbaru di perkenalkan pada bulan Ogos - SET MELANTAK
Set terbaru di perkenalkan pada bulan Ogos - SET MELANTAK

Antara menu yang menarik di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet ni adalah seperti ;

  • Set Nasi Ayam Kampung.
  • Set Nasi Ayam Kampung Butter.
  • Siput Sedut Masak Lemak.
  • Daging Masak Hitam.
  • Ketam Masak Lemak.
  • Udang XXL Masak Lemak.
  • Ikan Patin Masak Tempoyak.
  • Daging Salai Masak Lemak.
  • Ikan Bakar Air Asam.
  • Ulam-ulaman dan lain-lain lagi

Menu lazat di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Ulam-ulaman, satay ayam kampung, ikan talapia dan ikan kembung bakar

Apa yang best kat sini terdapat juga Pucuk Ubi masak tempoyak dan siput sedut XXL (Siput Sedut bersaiz besar).  Selain itu menu ikan bakar juga terdapat di sini. Antara hidangan kami pada hari tersebut adalah Satay Ayam Kampung, Ikan Talapia Bakar, Ikan Kembung Bakar dan Ikan Keli Bakar.

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Siput Sedut Masak Lemak
Untuk pilihan minuman pula korang boleh memilih Jus Minuman buah segar antaranya seperti;
  • Jus Mangga
  • Jus Kedongding.
  • Jus Asam Boi.
  • Jus Buah Naga.
  • Jus Durian Belanda.
Jus Buah Naga.
Jus Buah Naga.

Bagi penggemar masakan panas (ala-carte) pula, terdapat banyak pilihan menu yang lazat di sini antaranya seperti;
  • Char Kuew Teow.
  • Mee Goreng AKV.
  • Mee Hoon Goreng AKV.
  • Nasi Goreng Ayam AKV.
  • Laksa Utara.
  • Lontong Istemewa.

Apa yang lebih menarik di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium ni, korang di benarkan untuk menempah Restoran ni untuk kegunaan sebarang majlis dan tiada bayaran akan di kenakan kepada anda. Korang cuma bayar je makanan dan minuman yang korang order je. Bagusnyaaaa.... untuk pelajar pula diskaun 10% di berikan untuk setiap hidangan yang korang order. Tapi kenalah tunjukkan kad pelajar korang tu dulu ye sebagai bukti korang tu memang pelajar. Hehehe...

Ruang Restoran Yang Luas
Ruang Restoran Yang Luas - Terdapat ruang makan di luar (Smoking area) dan Indoor
Bagi yang tidak tahu hendak makan di mana kalau ke Cyberjaya korang boleh lah cuba makan ka sini. Saya pasti korang takkan kecewa dengan hidangan yang diorang sediakan dan service dorang tidak mengecewakan. Sebelum saya berhenti menulis nah saya belanja sekeping lagi gambar untuk korang. 

Set Nasi Ayam Kampung bersama minuman jus durian belanda dan Jus buah Naga
Set Nasi Ayam Kampung bersama minuman Jus Durian belanda dan Jus Buah Naga

Waktu operasi restoran ni adalah dari 10 pagi sehingga 10 malam. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang menu apa lagi yang lazat terdapat di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet ni. Korang boleh rujuk laman facebook dorang atau boleh hubungi mereka seperti keterangan di bawah;

Facebook | Telepon 010 300 3077 | Alamat: Lot EX-GW-01 Aras G, DPulze Shopping Centre Cyberjaya

INCOMING SEARCH TERM :

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet, Ayam Kampung Cyberjaya, Restoran ayam kampung Dpluze, Menu lazat ayam kampung
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. Emmm temptingnya. Hari tu cuba ayam butter. Memang power!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? mmg sedap.....nnt nak pergi lagi

      Delete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Menjamu Selera Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin