Latest News
Thursday, November 02, 2017

Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun

Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun | Salam hormat semua, kali ni saya nak kongsikan satu percutian yang sangat ohsem !. Percutian kali ni amat berbeza dari kebiasaanya. Apa yang berbeza? Ye lah, selalunya kalau pergi bercuti penginapan yang selalu kita pilih adalah menginap di hotel-hotel kan? Tapi kali ini percutian kami (Projek Travel) memilih menginap di Glamping.

Entrance Lost World of Tambun
Main entrance Lost World of Tambun

Wah ! Bunyi yang sangat menarik kan? Ye, percutian dan penjelajahan kami tempohari memberi satu pengalaman baru buat kami. Selain menginap di Glamping banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang kami terokai di Lost World of Tambun, Perak ni. Kemana kami pergi?

Glamping Lost World of Tambun

Menginap di Glamping di Lost World of Tambun ni seakan mengimbau zaman persekolah 20, 30 tahun lalu. Ye lah, kali terakhir masa darjah 6 dulu-dulu. Kali ni kami menginap di Glamping untuk semalaman sahaja. Sungguh pun semalaman, pengalaman yang kami dapat amat-amat berharga.

Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun
Pintu gerbang masuk ke Glamping Lost World of Tambun

Glamping kami di sini memberikan pengalaman berbeza dari yang lain, selain menikmati keindahan siang dan malam yang sangat menenangkan, Glamping yang kami inap di Lost World of Tambun ini di kelilingi dengan kehijauan dan bukit-bukit batu-batuan batu kapur dengan rupa bentuk unik hasil semulajadi yang mampu membuatkan mata anda tidak jemu untuk menikmati permandangan sebegini indah.
Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun
Suasana Glamping Lost World of Tambun pada waktu malam

Glamping yang saya dan rakan-rakan inap ini berbeza dari 5 Glamping lain yang terdapat di Lost World of Tambun ni, kerana Glamping saya ni adalah satu-satunya yang dibina terapung (floating) di atas permukaan air. Wah ! Bunyi yang sangat menarik kan? Ye, sebenarnya menurut salah seorang yang bertanggungjawab membawa kami menjelajah seseluruh genap ruang di Lost Wolrd of Tambun ni, ini baru permulaan. Tidak lama lagi banyak lagi Glamping terapung (floating) akan di bina di sini.

Floating Glamping Lost World of Tambun
Floating Glamping Lost World of Tambun

Malas nak cakap banyak, korang boleh tengok sendiri gambar-gambar Glamping ni untuk gambaran sebenar di kawasan ni. Untuk Glamping yang kami inap ini mampu memuatkan 4 orang dewasa kerana di dalamnya terdapat 1 katil besar dan 2 katil single. Selain itu kemudahan seperti soket elektrik (plug) dan kipas angin berserta lampu di sediakan.

Ruang dalam glamping - Lost World of Tambun
RUANG DALAM GLAMPING - Lost World of Tambun

Selain itu tuala mandi dan toilettries juga disediakan seperti shampoo, shower gel dan body milk untuk para tetamu. Pendek kata kalau datang ke sini anda cuma perlu bawa berus dan ubat gigi dah memadai.


Oh ! ya, sebelum terlupa, untuk pengetahuan anda, kalau anda menginap di Glamping ni, nak bagitahu tandasnya berada di bahagian luar. Ye lah, Glamping ni kan berkonsepkan khemah. Tetapi jangan risau, lokasi tandasnya tidaklah jauh dari Glamping yang anda inap tu. Tandas ini baru sahaja siap dibina. Ruang tandas yang luas dan selesa lengkap dengan pemanas air (heater) untuk mandi manda.

Tarikan Terkini Di Lost World of Tambun

Bila sebut saja pasal Lost World of Tambun ni ianya tidak tertumpu kepada Taman Tema Air dan SPA sahaja. Sebenarnya banyak lagi tarikan yang mungkin korang tidak tahu. Jom  kita tengok apa yang menarik di sini.

Hypo Kingdom

Hypo
Tidak jauh dari floating Glamping kami, dimana letaknya Hypo Kingdom. Apa yang menarik yang ada dalm Hypo Kingdom ni? nama pun Hypo Kingdom kan? sah-sah lah terdapat Hypo dalam tu. Kalau anda menginap di Glamping ni kelebihan dia anda boleh ke Hypo Kingdom ni jalan kaki je sebab dekat sangat lebih kurang dalam 40 meter je.

Hypo di Hypo Kingdom Lost World Of Tambun
HYPO (JUWITA) Hypo Kingdom Lost World Of Tambun

Berbalik semula pada Hypo tadi, Hypo atau namanya saintifiknya Hippopotamus adalah antara tarikan utama kat dalam Hypo Kingdom ni. Kalau anda nak tau, di sinilah satu-satunya seumpamanya anda boleh tengok Hypo secara underwater. Kalau nak bergambar belaga pipi dengan Hypo pun boleh, tapi di sebalik cermin je lah hahaha...

Buaya
Selain tu, di lokasi yang sama bersebelahan dengan Underwater Hypo atau nama jolokannya "Juwita" di situ juga letaknya kolam Underwater Buaya. Di dalam tu jika anda bernasib baik anda boleh tengok buaya berendam di dalam air sambil di sisi ikan-ikan yang besar-besar.

Buaya - Lost World of Tambun.jpg
BUAYA - Lost World of Tambun.jpg
Bukan tu saja, di situ juga anda boleh melihat lain-lain haiwan seperti ;

  • Spotted Hyenas (Dubuk).
    - Untuk pengetahuan anda Spotted Hyena adalah antara Hyena yang paling besar dalam keluarganya. Antara spesis Hyena lain yang terdapat di dunia adalah Brown Hyena, Stripped Hyena. Manakala Spesis Hyena yang sifatnya seakan-akan anjing adalah Aardwolf.

    Spotted Hyenas
    Spotted Hyenas (Dubuk)
  • Rusa.
    - Part paling best sekali adalah di area Rusa ni. Apa yang menariknya anda boleh memberi Rusa-rusa ni makan secara dekat sambil bergambar kerana haiwan ini dibiarkan berkeliaran di kawasan ini tanpa di kurung.

    Rusa - Hypo Kingdom
    Rusa - Hypo Kingdom
  • Octrich.
    - Selepas kandang Hyena anda dapat melihat burung yang viral lari di lebuhraya dulu. Burung apa? Octrich lah. haha..

    Octrich - Hypo Kingdom
    Octrich - Hypo Kingdom

Petting Zoo

Persepsi saya mula-mula masuk ke Petting Zoo ni ingat macam masuk ke mana-mana zoo je. Rupanya sangkaan saya silap. Petting Zoo ni haiwan-haiwan yang terdapat di sini sangatlah unik dan rata-rata ianya jinak-jinak dan ada juga yang telah terlatih.

love birds - petting zoo Lost World of Tambun
Love birds - Petting Zoo Lost World of Tambun

Nama pun dah Petting Zoo kan? banyak juga haiwan-haiwan yang tersangatlah comel-comel antara spesis yang tak pernah jumpa pun ada juga. Bukan sekadar melihat sahaja, anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan ini sendiri. Di sini juga anda boleh membeli makanan untuk diberi kepada haiwan-haiwan tertentu sahaja.

COMEL : Petting Zoo Lost World of Tambun
COMEL : Petting Zoo Lost World of Tambun

Tempat paling best bagi saya adalah di bahagian burung-burung dan di rumah Hamster. Di punya jinak sampai makan pun di tangan.

Lain-lain binatang yang saya masih ingat nama dia yang terdapat di sini adalah seperti;
  • Spesis burung-burung yang jinak-jinak termasuk Love birds, Merak putih, Pegeon, Indian Peacock, spesis ayam yang jarang kita lihat dan banyak lagi.
  • Spesis Kura-kura termasuk labi-labi.
  • Tapir dan Rusa.
  • Monyet-monyet kecil.
  • Binturong (Bearcat).
  • Common Marmoset.
  • Arnab.
  • Spesis ular berbisa dan tidak berbisa.
  • Dan banyak lagi.

Power Breakfast Di Wetland

Kalau korang nak tahu part ni paling best, kali ini sarapan kami amat berbeza dari yang lain. Mana tidaknya sarapan kami ini di panggil "Power Breakfast" ni di tengah-tengah wetlands yang dibuat pelantar seolah-olah jeti yang mana dikelilingi bukit-bukit batuan dengan tumbuhan yang menghijau. Uhhhhh... mendamaikan.

MENU : Power Breakfast - Lost World of Tambun
MENU : Power Breakfast - Lost World of Tambun

Power Breakfast - Lost World of Tambun
MENU : Power Breakfast - Lost World of Tambun

Dengan sarapan yang simple tapi mengenyangkan ini dibawakan oleh pihak pengurusan Lost World of Tambun sendiri. Dekorasi yang kreatif dan menarik ini membuatkan kami tertumpu lama di kawasan ini sambil mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan yang sukar di lupakan. Bagi pasangan yang nak "honeymoon" ala-ala romantik uuhhhhh... sangatlah sesuai.

Power Breakfast - Lost World of Tambun
SESI BERGAMBAR :  Power Breakfast - Lost World of Tambun
Bersarapan di sini tersangatlah tak puas rasanya, bukan pasal hidanganya, tapi rasa macam nak duduk lama-lama je kat sini. Lokasinya tersangatlah cantik sesuai untuk menjamu mata dengan keindahan lanskapnya. Kalau korang datang ke sini jangan lupa merasai sendiri pengalaman ni.

Power Breakfast - Lost World of Tambun
FIRST ROUND : Power Breakfast - Lost World of Tambun

Tarikan Lain Di Lost World of Tambun

Seperti yang korang dag sedia maklum, tarikan utama di taman tema ini adalah "water park" nya yang luas. Apa yang best di sini adalah terdapat kolam-kolam air panas dan sejuk. Terdapat kolam untuk semua peringkat umur dan ada juga kolam yang sesuai untuk kana-kanak yang mana di sediakan juga mini "water slide". pendek kata memang puas hati kalau bercuti di sini.

Tarikan Lain Di Lost World of Tambun
Tarikan Lain Di Lost World of Tambun

Di samping itu terdapat banyak permainan yang boleh korang cuba di sini. Susah nak gambarkan bertapa seronoknya kalau berkunjung di sini. Terdapar juga permainan flying carpet yang besar, Roller Coster, rumah hantu, replika gajah-gajah dan yang paling menarik korang boleh cuba sendiri bagaimana cara lama orang mendulang bijih timah. Haaaaaa... macam mana? menarik tak?.

Dulang Tea House - Lost World of Tambun
MAKAN TENGAH HARI : Dulang Tea House - Lost World of Tambun

Kalau penat, rehatlah seketika di Dulang Tea House, sebuah cafe "oldschool" yang mana korang boleh nikmati kopi original ipoh (Kopi Kampung). Rasanya memang umpppp.... selain tu korang boleh cuba Roasted Rice Tea pekena pula dengan roti bakar perghhhh...

Di cafe ni kalau di lihat memang konsepnya zaman-zaman dahulu. Semua cawan, mangkuk dan piring semuanya jenis yang lama-lama. Duduk di dalam cafe ni seolah-olah mengimbau kembali zama sejarah dulu-dulu. Sambil menikmati secawan kopi, apa lagi...kaki selfie memang ni lah tempat dia.

BARANG LAMA : Dulang Tea House - Lost World of Tambun
BARANG LAMA : Dulang Tea House - Lost World of Tambun

Pengalaman Terokai 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun

Antara penjelajahan yang tidak di rancang tapi menjadi satu pengalaman yang indah untuk di kenang. Salah satu aktiviti yang memerlukan ruang masa satu hari termasuk rehat adalah menerokai 6th Mile Tunnel yang mana letaknya tidaklah jauh dari Glamping yang kami inap.

Pengalaman Terokai 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun
Wefie dulu : Sedia terokai 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun

Sebelum meneruskan penjelajahan ke dalam 6th Mile Tunnel, kami diberi taklimat khas serta info-info tentang 6th mile tunnel ni. Selesai panaskan badan, kami sarungkan jaket keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Perjalan kami ke 6th Mile Tunnel dari jeti Glamping ke seberang tasik cuma 3 minit sahaja.. Selepas itu kami kena berjalan kaki lebih kurang 7-10 minit untuk sampai ke depan 6th Mile Tunnel ni.

Pond Crossing : Di pintu masuk 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun
POND CROSSING : Di pintu masuk 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun

Sebelum tu kami sekali lagi diberi takimat khusus tentang 6th Mile Tunnel sebelum melalui cabaran pertama iaitu Pond Crossing. Di pond crossing ni, kami perlu melalui satu paya yang kedalamannya paras pinggang hingga ke paras dada sambil berpaut pada tali yang di rentang untuk tujuan keselamatan di samping jaket keselamatan dan topi keselamatan sentiasa dipakai.

Sampai ke permukaan 6th Mile Tunnel  ni kami masuk secara dalam barisan yang mana diketuai oleh Pemandu Arah (staff Lost World of Tambun). Untuk pengetahuan korang setiap orang yang masuk ke sini akan dibekalkan lampu suluh yang dipasang di bahagian topi. Tanpa lampu korang memang tidak dapat berjalan kerana di dalam ni keadaannya sangatlah gelap gelita.

Di ruang yang sekejap sempit dan sekejap luas dalam 6th Mile Tunnel anda perlu berhati-hati kerana mungkin korang akan terhantuk dengan batu-batuan dan Kristal dari arah atas kepala korang tu. Jadi semasa menjelajah ke dalam 6th Mile Tunnel  ni berhati-hati sepanjang masa amatlah perlu.

Di dalam 6th Mile Tunnel  ini juga korang dapat lihat sendiri bagaimana kristal-kristal ini terbentuk. Dari sekecil-kecil kristal sehingga yang besar. Jika korang peka dengan keadaan sekeliling korang akan terjumpa satu kubu yang difahamkan ianya digunakan oleh pihak komunis satu ketika dulu.

KRISTAL : 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun
Stalactite / Crystal (gambar kecil) : 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun

Kalau nak cerita memang susah nak gambarkan kepada korang. Korang di syorkan sendiri mencuba pengalaman yang berharga ni. Apa yang sangat mengecewakan pada saya, saya tiada kamera yang kalis air pada ketika ini. Jika korang ke sini, jangan lupa sediakan beg kalis air untuk yang guna smart phone dan kamera yang diasang dengan kalis air. Terasa amat merugikan kalau tak abadikan kenangan kalau masuk ke 6th Mile Tunnel  ni.

6th Mile Tunnel
BERJAYA MELEPASI : 6th Mile Tunnel
Pengalaman pergi dan balik merentasi 6th Mile Tunnel yang mana air sentiasa mengalir di bawahnya membuat kami tidak berasa penat sangat. Rasa seronok dapat menerokainya di tambah lagi kami pergi dengan sahabat-sahabat yang satu kepala yang langsung tak ada kerenah dalam percutian kali ini.


Kalau korang nak rasa teruja macam kami dan merasa sendiri pengalaman macam kami ni, silalah ke Lost World of Tambun. Saya jamin ianya sangat berbaloi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Glamping dan 6th Mile Tunnel di Lost World of Tambun ni, korang boleh cuba cari info lanjut seperti yang saya sertakan di bawah ni.

Website :

Facebook :

Instagram :

INCOMING SEARCH TERM :

Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun, Glamping Lost World of Tambun, Tarikan di Lost World Of Tambun, 6th Mile Tunnel
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

7 comments:

  1. Menarik juga glamping Tu tapi takut Ada nyamuk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat kami pergi siang dan malam mmg takde masalah nyamuk lagi...

      Delete
  2. tunggu anak besar sikit la nk p sini

    ReplyDelete
  3. alamak cantiknyaa tempat ni...!! teringin nya nak pergi..!!

    ReplyDelete
  4. glamping tu nampak syok pulak.camping ala-ala retis

    ReplyDelete

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin