Latest News
Friday, August 17, 2018

Food Tasting Dan Pakej Lengkap Perkahwinan Ambassador Putrajaya

Uji Rasa Dan Pakej Lengkap Perkahwinan Ambassador Putrajaya | Salam hormat, hai korang jumpa lagi kita hari ni, macam yang pernah aku bagitahu pada entry yang lepas, kalau nak tahu lebih lanjut sila baca di sini ok, [Jom Serbu Food Tasting & Open Day Hanana Group]. Kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi ke sesi Food Tasting & Open Day Hanana Group (Uji rasa).

Food Tasting Dan Pakej Lengkap Perkahwinan Ambassador Putrajaya
Bila kau tak dinner dan sarapan pagi ini bakal berlaku di tengahari, penuh pinggan.
Pertama kali sampai ke Ambassador Putrajaya ni aku ingatkan dia macam satu "Hall" (dewan) yang besar sebijik macamtu.. rupanya Ambassador Putraya ni cuma deretan yang bersambung dengan "Shop lot" je... tanggapan aku mula berbeza dari mula-mula sampai sehinggalah aku masuk sendiri ke dalam dewan perkahwinan ni. Omaigoshhh!!! aku sangkakan ianya sekadar ruang sempit jek... al-maklumkan deretan rumah kedai besar mana sangat kan? Bila dah masuk punyalah luas. Bukan hanya luas, malah dekorasi dan hiasan dalaman Dewan perkahwinan Ambassador Putrajaya ini dah macam ala-ala grand ballroom kat hotel-hotel.

Pelamin Dewan perkahwinan Ambassador Putrajaya
Pelamin Dewan perkahwinan Ambassador Putrajaya
Kalau korang nak tahu dewan ni boleh menempatkan 35 buah meja bulat yang besar dan kerusi sebanyak 350 buah di tambahkan lagi dengan pelamin yang telah tersedia lengkap dengan hiasan bunga-bungaan ala-ala taman..

35 buah meja bulat yang besar dan kerusi sebanyak 350 buah
35 buah meja bulat yang besar dan kerusi sebanyak 350 buah

Food Tasting & Menu

Ok, part paling teruja bagi aku adalah part food tasting ni atau pun kita panggil "uji rasa"... pada hari berkenaan aku sangkakan memang kebetulan ada majlis perkahwinan dalam dewan tu, rupanya takde pun orang kahwin time tu...tapi dia punya majlis dah macam grand gituu.. dengan para tetamu yang agak ramai jugaklah time tu.

Tetamu yang hadir diberi penerangan tentang pakej-pakej perkahwinan
Tetamu yang hadir diberi penerangan tentang pakej-pakej perkahwinan

Selesai bergambar aku terus ke ruang menu yang berada di bahagian sisi dewan ini, menunya biasalah, dah nama pun "food tasting" menu perkahwinan sudah tentulah menu dia terdiri dari lauk pauk perkahwinan kan? Kalau korang nak tahu antara menu yang ada masa aku pergi hari adalah seperti berikut;

Menu Katering untuk Pakej Perkahwinan yang ditawarkan
Antara menu Katering untuk Pakej Perkahwinan yang ditawarkan
  • Nasi Minyak / Nasi Putih.
  • Ayam Masak Merah.
  • Ayam Goreng Berempah.
  • Daging Masak Hitam.
  • Daging Masak Kurma.
  • Sambal Sotong.
  • Dalca Sayur.
  • Acar Buah.
  • Papadom.
  • Buah Tembikai + Sunkist.

Ayam Goreng Berempah
Pembuka selera : Ayam Goreng Berempah
Manakala menu air pula seperti Air kordial fruit punch dan air meneral. Bukan itu sahaja, di bahagian luar sisi Dewan Perkahwinan Putraya ini juga menempatkan beberapa booth makanan untuk para tetamu yang mana setiap booth menyediakan menu istimewa masing-masing seperti Kambing Bakar, Satey dan apam balik. Tidak ketinggalan terdapat juga kuih muih tradisi seperti kuih kuaci, cara daging, bubur kacang hijau dan juga cendol. slurrppppp.... aku masih teringat cendol dia bila tengah panas-panas macam ni... hekhek...

Beberapa booth makanan untuk para tetamu
Beberapa booth makanan untuk para tetamu

Pakej Lengkap Perkahwinan

Sekarang kita cerita pasal pakej lengkap perkahwinan pulak. Tapi sebelum tu aku nak bagitau yang mana dewan kat Ambassador ni disediakan bukan hanya untuk majlis perkahwinan je. Tapi pelbagai lagi majlis rasmi atau tidak rasmi boleh di adakan di sini. Sebagai contoh seperti :
  • Resepsi Perkahwinan.
  • Konvokesyen.
  • Majlis Makan Malam.
  • Jualan Booth.
  • Seminar.
  • Pelancaran Produk.
  • Pameran.
  • Pertunjukkan Fesyen.

Ok, kita cerita bab pakej perkahwinan pulak, menurut Hanana Group iaitu mereka yang bertanggungjawab menguruskan dewan perkahwinan dan juga pakej-pakej ini, terdapat beberapa pakej yang boleh kita pilih. Antaranya seperti di bawah;

Pakej Ambassador Glamour

Pakej Ambassador Glamour yang mana keseluruhan pakej ini bernilai RM35,000. Dalam pakej ini termasuklah hiasan dewan, pakaian pengantin termasuk hiasan aksesori lengkap, juru make up, catering untuk 1000 orang (menu seperti yang aku nyatakan di atas), Teh Tarik conner, 10 orang untuk meja makan utama pengantin yang mana menunya terdapat Ikan Siakap, Udang Seri Pengantin, Ayam Golek, Sotong, Buah-buahan dan pencuci mulut.

v
Gulai daging
Buah-buahan dan pencuci mulut.
Buah-buahan dan pencuci mulut.
Pakej Dewan Dirgahayu
Bagi untuk korang yang nak adakan majlis akad nikah mahupun pertunangan, Hanana Group menyediakan Dewan Dirgahayu dengan pakej serendah RM3000 yang mana pakej ini termasuklah katering untuk 100 orang. Dalam pakej ini menu yang disediakan adalah seperti Nasi Minyak / Briyani, Ayma masak merah, Daging masak hitam, Acar jelatah, Buah (1 jenis), Air kordial, air minuman dan teh tarik. Pakej ini termasuklah mini wedding dais (fixed), meja buffet dengan hiasan penuh, meja bulat atau viking serta kerusi.

Pakej Lugar De La Boda @Puchong | Dewan Tan Sri Yusof Hasim (MARDI)

Selain itu terdapat beberapa dewan lain di bawah kelolaan Hanana Group ni, seperti Lugar De La Boda di Puchong yang berkonsepkan ala taman yang di katakan yang pertama menggunakan tema ini dan Dewan Tan Sri Yusof Hasim (MARDI). Bagi setiap pakej perkahwinan ini bernilai RM35,000 dan di Lugar De La Boda RM28,000, Isi pakej lebih kurang di Ambassador Putrajaya juga.

Lugar De La Boda @Puchong
Lugar De La Boda @Puchong
DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, MARDI.
Dewan Tan Sri Yusof Hasim (MARDI)
Ok, setakat tu je aku dapat kongsi dengan korang. Secara kesimpulannya pada hari uji rasa di Ambassador Putrajaya hari tu aku berpuas hatilah dengan menu diorang yang sangat sedap memenuhi selera dan yang paling penting keselesaan dewan diorang yang luas dengan susun atur hiasan yang sangat cantik. Kalau korang nak tahu dewan ini jugak dilengkapi dengan pendingin hawa (aircond lahhh)


Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut aku sertakan nombor telepon pegawai bertugas diorang dan link laman sesawang diorang supaya korang boleh baca info lengkap di situ nanti.

Alamat Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434

Web Rasmi : http://www.hananagroup.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ambassadorputrajaya
Instagram : https://www.instagram.com/ambassadorputrajaya/



INCOMING SEARCH TERM :

Dewan perkahwinan putrajaya, Dewan perkahwinan puchong, Garden wedding puchong, Pakej lengkap perkahwinan, Dewan Putrajaya, Dewan puchong, Pakej lengkap perkahwinan putrajaya, Pakej lengkap perkahwinan puchong, Event space Puchong, Pakej Perkahwinan terbaik termasuk dewan & katering, Pakej perkahwinan selangor dan kuala lumpur, Wedding Hall Putrajaya, Wedding Hall Puchong
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Food Tasting Dan Pakej Lengkap Perkahwinan Ambassador Putrajaya Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin