Latest News
Friday, September 14, 2018

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi | Salam hormat semua, cuti punya pasal agak lama tak kemaskini blog. Hai, kali ni nk citer pasal kahwin pula. Bukan aku nak kawin tapi nak cerita pasal satu lokasi perkahwinan beserta pakej-pakej perkahwinan yang di sediakan oleh mereka iaitu di MZ Catering Bangi.

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Dewan dalam taman - MZ Catering Bangi

Cuti sekolah hujung tahun bakal tiba. Pasti pada ketika itu ramai yang mengambil kesempatan cuti sekolah untuk mengadakan majlis perkahwinan kan? tak kiralah samada anak-anak yang nak berkahwin atau pun diri sendiri yang nak berkahwin. Kepada yang nak tambah "cawangan" pun boleh hehehe...

Ok, pada hujung minggu yang lepas aku berkesematan menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh MC Catering ini sendiri iaitu "Open Day MZ Catering Bangi". Aku sampai di sana lebih kurang dalam jam 11.15 pagi, yang mana majlis Open Day ni berlangsung dari 11 pagi hingga 4 petang. Tidaklah susah sangat untuk ke sini. Kalau korang nak ke sini cuma guna je aplikasi Waze dan cari "MZ Catering Bangi" memang senang. Kalau dari Cheras cuma ambil masa 15-20 minit je, tapi tengoklah keadaan jalan juga.

Dewan MZ Catering Berkonsepkan Taman

Mula-mula sampai aku teruja tengok dewan perkahwinan MZ Catering ni dari luar. Fuh !! di punya pintu gerbang masuk ke dewan ni pun dah meletop! lawa giler. Bila dah masuk ke dalam lagilah teruja (ikhlas tau). Sebenanrnya aku ni muka je nampak ganas tapi aku ni jenis suka jugak bab-bab hiasan dalaman ni. Kesemua dalam dewan ni dihiasi dengan bunga-bungaan yang warnanya yang cerah-cerah (light) memperlihatkan dewan perkahwinan MZ Catering ni sangat menenangkan. Di tambah pula dengan susun atur meja dan kerusi yang cantik lagilah menyerlahkan lagi dewan ni.

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi siap dengan pakaian pengantin

Kelengkapan Dewan MZ Catering
Kalau korang bercadang nak menempah dewan ni untuk satu majlis yang besar memang elok sangat berurusan dengan MZ Catering ni. Selain dewan yang besar, dewan ini mampu memuatkan 32 buah meja bulat dan 320 buah kerusi, maknanya 1 meja bulat ada 10 kerusi. Itu tak termasuk Dome VIP (meja VIP) lah.

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Bagaikan di dalam meja VIP di Dewan MZ Catering Bangi

Pelamin Cantik Dewan MZ Catering
Bila nama pun dewan perkahwinan mesti ada pelamin kan? nah tengok lah gambar kat bawah. Pelaminnya yang sangat-sangat cantik dengan hiasan simple tapi menyerlah dengan karpet berbulu terang membuatkan perlamin naik seri. Itu cerita pelamin, korang kena tengok juga tempat makan beradap dia pula, kerusi dan meja serta hiasan bunga-bungaan dia aku dah rasa macam situ pulak pelamin pengantin..hahahah... lawa beb !! sekali imbas aku tengok dah macam "konsep english". Macam tu jugak dengan kerusi tetamu yang juga bewarna putih yang diikat ribon.


Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Pelamin Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Meja makan beradap - Dewan MZ Catering Bangi


Pakej-Pakej Perkahwinan MZ Catering Bangi

Ok, aku kongsikan dengan korang antara pakej-pakej yang terdapat di MZ Catering ni. Pakej-pakej ni termasuk dewan/kanopi.

Pakej Eksklusif Perkahwinan

Kalau korang nak tahu pakej yang ini adalah pakej perkahwinan yang paling lengkap. Dengan penjimatan RM7000 korang di kenakan RM35.50 untuk per pax (minima tempahan untuk 1000 pax).
Dalam pakej ni termasuklah menu hidangan utama yang terdiri daripada;
  • Nasi Beriani 80%.
  • Nasi Putih 20%.
  • Ayam masak merah.
  • Dagin masak hitam.
  • Sambal Sotong.
  • Dalca sayur / Pajeri Nanas.
  • Acar Jelatah / Acar rampai/
  • Papadom.
  • Ulam dan sambal.
  • Buah (oren/tembikai).
  • Air fruit punch.
  • Air kosong.
Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Nasi Jagung, Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas Nasi Putih - Aneka pilihan nasi

Fuh, kalau nak citer pakej lengkap ni memang tak habis nk taip. Tapi aku kena cerita jugak sebab mana tau kot-kot ada yang masih buntu nak cari pakej perkahwinan lengkap yang sesuai dengan budget.

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Gaging Masak hitam dia memang ummpphh !! - Aneka lauk pauk dan buah-buahan


Dalam Pakej Eksklusif Perkahwinan ini termasuklah Menu makan beradap untuk 10 pax. Antara menu yang di sediakan dalam pakej ini adalah seperti di bawah;
  • Ayam Golejk 2 set.
  • Ikan Siakap Sweet Sour 2 set.
  • Udang Panjat Dinding.
  • Dessert.
  • Air Cocktail.
  • Hiasan Buah-buahan.
  • Hiasan Meja Pengantin.
  • Kerusi Pengantin.
  • Kerusi Chiavari.
Banyak lagi senarai-senarai yang berada di bawah Pakej Eksklusif Perkahwinan ni. antaranya kelengkapan pelamin dan andaman, tea conner untuk 400 pax. Desert pula korang boleh cuba cendol dia perghhh sedap weii...Part yang paling pengantin suka adalah fotografi kan? ye... dalam pekej ni korang dapat 1 jurugambar profesional dari diorang. Apa yang korang dapat? korang dapat juga sesi fotografi outdoor pada hari majlis, 1 custom album gambar, sekeping CD dan sebuah gambar kanvas untuk kenangan korang nanti.

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Terdapat juga Soto, kuih Apam dan Cendol

Tak habis di situ je, dalam Pakej Eksklusif Perkahwinan MZ Catering ni juga korang dapat barangan percuma (FOC items) apa tu? ni aku senaraikan kat bawah;
  • Kambing Golek.
  • Bouncy Castle. (part ni budak2 sukalah...takdelah dorang buat hal/meragam kalau dah bosan).
  • Family Conner.
  • Photobooth yang cantik.
  • Kek 3 tingkat.
  • Goodies untuk para tetamu (500 pcs).
  • DJ & PA Sistem untuk menyerikan lagi majlis.
  • Guestbook.
  • Bilik menunggu.
  • Ais krim dan cendol.
  • Kad Kahwin 500 pcs.
  • Bunga Telur.
Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Photobooth yang cantik untuk bergambar dan Bouncy Castle untuk kanak-kanak bermain.

Fuh!! dia punya FOC items tu dah mahal...kalau amik pakej ni tak payah dah tempah kambing golek dengan DJ dan PA sistem. Kad kahwin pun dah dibagi percuma. Pendek kata pakej ni adalah pakej lengkap perkahwinan. Selain tu dalam pakej ni korang dapat dewan/kanopi dan kelengkapannya sekali.

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
Kambing golek

Slain daripada Pakej Eksklusif Perkahwinan terdapat juga beberapa pakej lain yang di sediakan oleh MZ Catering ni yang mengambil kira budget korang.
  1. Pakej Lengkap Perkahwinan.
  2. Pakej Ekonomi Perkahwinan.
  3. Pakej Budjet Perkahwinan.
Sila klik pada flayer di bawah untuk melihat butiran/keterangan berkaitan lain-lain pakej yg ditawarkan di MZ Catering.

Pakej Eksklusif Perkahwinan
Pakej Lengkap Perkahwinan
Pakej Budjet Perkahwinan
Pakej Ekonomi Perkahwinan

Sewa Dewan MZ Garden Hall


Kalau korang nak sewa dewannya sahaja pun boleh, dewan yang besar yang mempunyai keluasan 15,000 kaki persegi ni mampu menampung 1500 tetamu dan mempunyai kawasan parkir kereta yang luas. Jadi masalah ketiadaan tempat pakir kereta tu tak timbul. Selain lokasi yang strategik dengan kawasan yang tidak terlalu sibuk MZ Catering juga menyediakan Surau dan tandas untuk kemudahan para tetamu yang hadir pada hari majlis korang tu.

Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi
MZ Garden Hall mempunyai keluasan 15,000 kaki persegi

Sewaan Dewan MZ Garden Hall ini tidak terhad kepada majlis perkahwinan semata-mata. Malahan pelbagai majlis-majlis lain  juga boleh di adakan di sini seperti;
  • Perjumpaan tahunan.
  • Majlis makan malam.
  • Tapak pameran.
  • Majlis kenduri kendara.
  • Majlis kesyukuran.
  • Pelancaran produk.
  • Jamuan akhir tahun.
  • Kursus dan seminar.
  • Dan lain-lain lagi.
Kadar sewaan untuk Dewan MZ Garden Hall ini adalah RM 4000 tidak termasuk perlatan-peralatan lain. kalau termasuk pakej dan kelengkapan lain korang diberi diskaun sebanyak RM 1000 jadi korang cuma perlu bayar RM 3000 je. MZ Catering juga mempunyai satu lagi dewan yang iaitu Diamond Hall yang boleh disewa dengan harga serendah RM100/sejam.

kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut atau ingin membuat tempahan korang boleh hubungi MZ Catering seperti butiran di bawah;

Hubungi : 014-3180070 (Encik Fazrul)

Waktu Operasi
0830am - 1730pm

Website & Sosial media

Alamat
MZ Catering dan MZ Garden Hall
Lot 5057, Jalan Utama,
Kg Dato Abu Bakar Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi.



INCOMING SEARCH TERM :

pakej lengkap perkahwinan mz catering, pakej katering murah bangi, Dewan MZ Catering
Next
This is the most recent post.
Older Post
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan MZ Catering Bangi Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin