Latest News
Monday, March 04, 2019

Puding Raja Pekan Dah Ada Di Food Market Permaisuri

Puding Raja Pekan Dah Ada Di Food Market Permaisuri | Salam hormat semua para pembaca Blogger2u sekalian. Hari minggu adalah hari yang membosankan kalau tak ada apa-apa nak buat kecuali tidur dengan penuh tawadokkk.. hehehe... jadi bagi memanfaatkan masa yang terluang baik aku tulis blog kan?. Nak kongsi pasal apa pula kali ni? jom baca sampai habis.

Ahad yang lepas, memang free time aku lah, mana tidaknya zaman sekarang Sabtu ke Ahad ke memang anak aku sekolah je. Kejap latihan sukan.. lain minggu kelas tambahan pula. Dah tanggungjawab sebagai seorang ayah macam tu lah gayanya. hurmm... tapi Ahad lepas memang aku free selepas jam 12 tengahari. Selesai ambil anak dari kelas tambahan aku terus ke mamak untuk ambil angin. Lama tak melepak dengan kawan-kawan katakan.

Puding Raja Pekan - Food market
Puding Raja Pekan Slurrrpppp

Lepas parkir kereta aku jalan menuju ke satu mamak ni aku tersinggah satu kedai yang aku rasa cukup unik dari segi dekorasi dia dari pandangan luar. Jengok ikut cermin.. "ooo... jual makanan..."
apa lagi aku masuklah... fuhhh... aku ni jenis suka tengok kalau bab-bab hiasan dalaman ni... nak nak lagi dekorasi ala-ala rumah lama... memang lawa kedai ni... aku syak lah kan mesti dia ada pelanggan ramai masa aku datang ni sebab nak selfie dalam tu hahahah.... bila aku masuk memang tak syak lagi memang diorang tengah selfie...

Puding Raja Pekan - Food market
Food Market Bandar Sri Permaisuri

Kalau korang nak tahu apa yang mengagumkan aku selain dekorasi dalaman kedai dia yang lawa? ternyata kedai ni yang di namakan Food Market ni sebenarnya menjual semua produk-produk warisan terutamanya yang aku boleh klasifikasikan sebagai "Homemade" dan tradisional... apa yang ada dalam Food Market ni? macam-macam ada.. dari Budu, keropok, makanan masa aku kecil-kecil dulu pun ada.. kenal tak Sagun?, Gula tarik, sambal-sambal, sos-sos dan banyak lagilah.. kalau masuk kedai ni mau penuh bakul di buatnya.

Puding Raja Pekan - Food market
Ni antara produk yang terdapat dalam Food Market tu. Kelabu mata tak?

Ok, aku masuk kedai Food Market ni tidak lah untuk membeli belah sebenarnya. Cuma nak tengok-tengok je. Orang kata Usha Line je... heheheh...so lain kali boleh lah ke sini kalau nak makan apa-apa. Sebab dalam kedai ni ada jual produk dari serata negeri kalau korang nak tau. Jadi sebelum keluar aku "terbeli" satu makanan ni... kenapa aku beli? sebabnya nama makanan ni "Puding Raja Pekan"... Sebagai orang yang dah hidup di Pahang dah genap 40 tahun aku beli sebab aku tak pernah jumpa atau pun dengan erti kata lain, aku tak pernah pun tau kewujudan Puding Raja Pekan ni... teruk benar aku ni kan? ahahahha...

Depan kedai pon boleyyy.. ada kerusi meja tak guna rugi... 

Kalau korang nak tahu base Puding Raja Pekan ni dibuat menggunakan pisang lemak manis dan kawan aku kata ada juga yang buat guna Pisang Mas yang digoreng dan kemudiannya ditabur dengan jala emas iaitu dari kuning telur dan ditabur juga ceri dan bahan lain-lain. Dimakan pula dengan kuah. Korang pernah makan Puding roti? haaa... kuah dia lebih kurang macam tu lah.

Walaupun pertama kali aku rasa Puding Raja Pekan ni aku dah rasa suka dengan rasa dia. Mungkin sebab aku orang pantai timur kot. hurmmm tapi sebelum aku taip entry ni aku ada jugak google pasal Puding Raja Pekan ni. Rupanya puding ni popular... nampak sangat aku ni buta makanan tradisi hehehehe...

Tempohari aku ada pos kat Instagram... rupanya semua orang pun tahu pasal Puding ni. Apa yang best sekali, kawan aku pun kebetulan pun beli pada hari yang sama di tempat yang sama hahahah.... eh! tapi memang sedap lah Puding Raja ni. Harganya RM9.90 je cukup berpatutan. Selain rasa yang sedap kena dengan selera packaging dia pun lawa jugak. Ini kalau anak-anak aku nak bawak pergi sekolah sempena "portluck" untuk majlis apa-apa memang sesuai. Takdelah kes tupperware tidak kembali terjadi lagi hahahah....

Puding Raja Pekan - Food market
Ni lah rupa packaging Puding Raja Pekan tu.. lawa kan?

packaging Puding Raja Pekan - Food market
lawa kan kotak dia?
Kalau korang nak cuba rasa korang pergi je kat Bandar Sri Permaisuri. Landmark dia cukup mudah. Korang cari je mamak Q-Bistro dan sebelah dia ada pasaraya 99 Speedmart dan kedai dia bertentangan. tengok je kedai warna hitam dan logo dia durian warna pink.

Aku google, ni alamat dia untuk mudahkan korang pergi kalau korang nak cuba..

Alamat : No17, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Instagram : https://www.instagram.com/food.market/
Instagram : https://www.instagram.com/foodmarket.studio/
Facebook : https://www.facebook.com/foodmarket.my/


INCOMING SEARCH TERM :

puding raja pekan, food market, puding raja food market, food market bandar sri permaisuri, Puding Raja Pekan Dah Ada Di Food Market Permaisuri
Next
This is the most recent post.
Older Post
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Puding Raja Pekan Dah Ada Di Food Market Permaisuri Rating: 5 Reviewed By: Zuwa Aripin