Latest News
Thursday, November 14, 2019

Rumah Seram Zombie Train To Busan Genting Highlands

Rumah Seram Zombie Train To Busan Genting Highlands | Salam hormat, kembali lagi kita disini setelah sepi tanpa berita kerana tuan blog sibuk pergi memancing.. hehehe... nak share cerita last week aku menghabiskan masa di Genting Highlands. Lama rasanya tak naik Genting.. banyak benda berubah. Kalau dulu First World tempat mainan aku je.. sekarang ni sesat weii.... luas gilerr...hahaha...

Rumah Seram Zombie Train To Busan Genting Highlands
Entrance Rumah Seram Zombie Train To Busan Genting Highlands

Hari semakin gelap, hujan masih renyai di luar.. tetiba terbayang rupa Zombie kat Train to Busan Genting Highlands hari tu hahaha... kalau korang nak tahu di Genting Highlands sekarang susah ada rumah seram yang di beri nama "Train To Busan". Rumah seram ini di adaptasikan dari filem seram blockbuster Korea. Kalau korang pernah menonton filem tersebut pasti korang tau macam mana situasi seramnya pengalaman yang aku lalui sekitar berada dalam rumah seram ini.

Filem Blockbuster Korea Selatan ini menjadi antara filem pecah panggung pada 2016 yang lalu. Kutipan jualan tiketnya mencecah US$93 juta. Filem Train To Busan ini di sifatkan antara filem paling berjaya Korea yang mana di Malaysia sahaja kutipan mencecah RM 21 juta.

Kisah seorang bapa yang sedaya upaya menyelamatkan anak perempuannya daripada terkena virus zombie di dalam gerabak keretapi. Keseraman itu akan akan rasai sendiri bilamana anda ke Rumah Seram Train To Busan Genting Highlands ini. Anda akan merasai sendiri seolah-olah anda berada dalam situasi sebenar bila anda masuk ke rumah seram ini. Ia telah digambarkan sebagai ‘satu pengalaman unik dan amat menghiburkan menerusi cubaan genre seram zombie’ dengan ‘pelbagai komen sosial…dan aksi lakonan hebat.’

Zombie Rumah Seram Train To Busan Genting Highlands
Zombie Rumah Seram Train To Busan Genting Highlands

Kesemua gabungan itu menjadikan Train To Busan satu kejayaan dalam dunia sinematik. Ia kemudian digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan. Dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree, Rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para tetamu ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi menakutkan yang begitu dekat. 

Pengembaraan ini akan mengandungi beberapa bahagian di mana masing-masing memiliki aktiviti interaktif yang tersendiri. Mengikut plot daripada filem di Seoul, si ayah dan anak perempuannya memulakan perjalanan ke Busan. Bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya, hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu.

Train To Busan Genting Highlands
Train To Busan Genting Highlands

Tetapi kereta api itu turut dijangkiti. Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram Train To Busan perlu menghadapi beberapa cabaran iaitu perlu sampai ke Platform Keretapi dan bahagian Gerabak Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Anda mungkin akan dijangkiti dan kembali menghantui mereka yang masih ada keberanian untuk meneruskan penggembaraan. Teruskan ke kawasan selamat, atau tewas ketika mencuba.

Zombie Rumah Seram Train To Busan Genting Highlands
Zombie Rumah Seram Train To Busan Genting Highlands

Terdapat dua bahagian pengalaman tambahan Train To Busan yang disediakan. Di dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie sama seperti penamat dalam filem atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. Jika semua ini kedengaran seolah-olah memenatkan dan meletihkan, jangan risau ada ganjaran untuk semua orang. Buat mereka yang berjaya menyelamatkan diri daripada Train To Busan, Seoul Retail Street yang terkenal dengan hidangan terbaik Korea dan budaya K-pop adalah hadiah anda. 


Rumah Seram Train To Busan akan bertolak di Taman Tema Tertutup Skytropolis bermula 31 Oktober 2019. Ia akan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019, dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020.

Tiket-tiket dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi 0327181118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket. Selamat merasai sendiri keseraman Rumah Seram Train To Busan Genting highlands


INCOMING SEARCH TERM :

Rumah Seram Zombie Train To Busan Genting Highlands, zombie train to busan,
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Rumah Seram Zombie Train To Busan Genting Highlands Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u