Langkah Keselamatan Dari Diragut
Kes ragut boleh dielakkan jika kita sentiasa peka dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri.![]() |
Sumber - google images |
- Sentiasa membawa wang secara minima
- Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
- Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
- Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
- Jangan mendedahkan barangan kemas yang dipakai.
- Ketika berjalan di atas jalan raya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan aru lalulintas supaya dapat pula dikepit atau dibimbit dengan tangan.
- Elakkan dari memakai barangan kemas yang berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
- Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
- Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
Berhati-hatilah kerana malang itu tak pernah berbau..
Post by : Aima
Aima@abgpotia, kalau boleh juga, elakkan buh duit pada satu tempat, cth, jgn semuanya letak kat dompet/beg tgn. Letak kat dlm poket ke, kalau ad beg sandang, buh la skit kat situ. Asingkan.
ReplyDeleteWah alat penggera peragut tu macam mana?
ReplyDelete@Tinta Lana betul la tu lana, paling baik letak kat poket seluar dpn :)
ReplyDeleteselalu ingatkan diri supaya berjaga2....ingat sebelum kena
ReplyDeleteSeorg sahabat baru dirompak... kesian kat dia..pasal brg ok lagi boleh diganti tp trauma sampai skang masih ada..
ReplyDelete@Cik Pensil ala..dia mcm jam loceng... klu kena ragut sila set alarm ekekek
ReplyDelete@potia casadelarossa er.. macam benda tu tau kita kena ragut? :3
ReplyDeleteal-Fatihah utk arwah..sedih dgn berita ni..kes ragut masih berleluasa skrg ni kan :(
ReplyDeletesetuju dgn idea Tinta Lana..jgn letak duit 1 tmpt je..kalau boleh asing2kn..